• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini

Oleh
Aina Musa
30 April 2023
Kongsi
2 Min Bacaan
125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini

Berita baik buat warga luar bandar Sarawak!

125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini. Sebanyak 125 menara telekomunikasi luar bandar mula beroperasi di Sarawak menjelang perayaan Gawai Dayak 1 Jun ini menerusi inisiatif Telekomunikasi Luar Bandar Lembaga Multimedia Sarawak (SMART).

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak Datuk Julaihi Narawi berkata sebanyak 70 menara SMART sudah dilengkapi peralatan telekomunikasi dan beroperasi sejak bermulanya sambutan Aidilfitri minggu lepas.

125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini
125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini. Kredit: Astro Awani

“Menjelang hari Gawai (1 Jun depan), sebanyak 55 (menara SMART) lagi akan ke udara,” katanya di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak di sini pada Sabtu.

Sepenuhnya beroperasi bermula 1 Jun ini!

Beliau berkata secara keseluruhannya, sebanyak 600 menara SMART dibina kerajaan Sarawak dengan peruntukan RM1.8 bilion dengan kerjasama kerajaan pusat menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) untuk menambah baik liputan internet di luar bandar negeri ini.

125 Menara Telekomunikasi Luar Bandar Sarawak Mula Beroperasi 1 Jun Ini

Menurutnya, pemasangan peralatan telekomunikasi untuk menara berkenaan dilaksanakan oleh Perbadanan Ekonomi Digital Sarawak (SDEC) yang merupakan anak syarikat kerajaan negeri itu.

Julaihi berkata pihaknya menyasarkan keseluruhannya 7,000 menara telekomunikasi dibina di seluruh Sarawak bagi memperluaskan liputan internet di negeri ini.

“Sehingga sekarang, lebih 50 peratus atau lebih 3,500 menara telekomunikasi terbabit telah dibina di seluruh Sarawak,” katanya.

Baca lagi artikel menarik:

Tradisi Unik Pada Aidilfitri, Ketahui Adat ‘Berlanggar Meja’ Yang Hanya Ada Di Sarawak
Penutupan Beberapa Jalan Sekitar Kuching Sempena Perarakan Hari Wesak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London Konflik Palestin Jadi Ilham Sajak, Pelajar Dari Sabah Ini Tempa Nama Di Pertandingan NSI London
Next Article Sedap Dimasak Bersama Belacan, Ketahui 5 Kebaikan 'Midin' Sarawak Sedap Dimasak Bersama Belacan, Ketahui 5 Kebaikan ‘Midin’ Sarawak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?