• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan ‘Adik Ipar Dari Neraka’ Ini

Oleh
ILB - AI
26 September 2022
Kongsi
4 Min Bacaan

Luahan adik ipar dari neraka

Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan ‘Adik Ipar Dari Neraka’ Ini. Di Twitter telah heboh dengan satu perkongsian tentang luahan seorang adik ipar terhadap kakak iparnya sendiri. Perkongsian daripada Twitter @tufairies tersebut memperlihatkan sisi seorang adik ipar yang seolah tidak menyedari bahawa dirinya yang sepatutnya diberi gelaran adik ipar dari neraka.

Melalui luahan tersebut, individu ini telah meluah tentang sikap kakak iparnya yang seolah semakin membenci kehadiran dirinya dan adiknya. Individu ini juga mengatakan bahawa kakak iparnya seorang yang bersikap berpura-pura. Kelihatan lembut dihadapan walhal dibelakang tidak sama sekali.

Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan 'Adik Ipar Dari Neraka' Ini
Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan ‘Adik Ipar Dari Neraka’ Ini. Sumber gambar: Twitter @tufairies

Keengganan hantar dan jemput kerja malah pesan Grab

Antara luahan individu ini yang telah dikongsinya adalah kisah kakak iparnya enggan menghantar dan menjemput mereka berdua balik daripada kerja. Hanya mengharapkan abang mereka sahaja walaupun dalam keadaan sakit sekalipun.

Bahkan, kakak iparnya juga bukan sekadar menyuruh semata malah terkadang kakak iparnya membuat pesanan kepada perkhidmatan Grab untuk mereka berdua. Hal ini diluah oleh individu ini kerana merasa kakak iparnya seperti tidak membantu abangnya.

Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan 'Adik Ipar Dari Neraka' Ini
Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan ‘Adik Ipar Dari Neraka’ Ini. Sumber gambar: Twitter @tufairies

Bukan sekadar membuat pesanan perkhidmatan Grab, kakak ipar individu ini juga berbaik hati menawarkan untuk membayar separuh daripada harga pengambilan lesen memandu sekaligus menawarkan kenderaannya untuk digunakan. Tetapi, bagi individu ini dia beranggapan harga lesen masih mahal dan jika kenderaan rosak sekalipun mesti dirinya yang akan bersusah payah membaiki.

Keluarga kakak ipar inap di hotel, tetap peraturan balik sebelum 12 tengah malam

Bukan itu sahaja, individu ini juga meluah ketidakpuasan hatinya apabila kedatangan keluarga kakak iparnya kerana mereka diberikan layanan sehingga menginap di hotel berbanding dengan keluarga abangnya.

Luahan individu ini tidak sampai disitu sahaja. Individu ini juga merungut tentang peraturan yang ditetapkan oleh kakak iparnya bahawa kakak iparnya berpesan melalui abangnya supaya individu ini harus berada dirumah dibawah jam 12 tengah malam walaupun individu ini keluar dengan pasangannya sendiri. Individu ini berasa rimas juga apabila asyik dipesan untuk cepatkan pernikahan.

Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan 'Adik Ipar Dari Neraka' Ini
Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan ‘Adik Ipar Dari Neraka’ Ini. Sumber gambar: Twitter @tufairies

Sememangnya banyak ketidakpuasan hati individu ini terhadap kakak iparnya. Dari segi kebersihan, dari segi barang keperluan rumah malah waktu individu ini sakit walaupun dijaga sepenuhnya oleh kakak iparnya, individu turut merasa kakak iparnya keterlaluan apabila meminta layanan yang sama walau sekadar bertanya khabar.

Tidak tenang dirumah sendiri, netizen luah rasa meluat

Dengan tularnya perkongsian luahan ini, ramai netizen meluahkan rasa meluat dengan luahan individu ini. Mereka beranggapan individu seperti tidak tahu adab apabila berada dirumah orang lain. Lagi mencetuskan amarah netizen apabila diakhir luahan, netizen ini mengatakan bahawa dia tidak merasa tenang berada di rumah sendiri.

Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan 'Adik Ipar Dari Neraka' Ini
Kononnya Tersakiti, Netizen Meluat Dengan Luahan ‘Adik Ipar Dari Neraka’ Ini. Sumber gambar: Twitter @tufairies

Padahal itu adalah rumah kediaman abang dan kakak iparnya. Walaupun itu abang kandung dan mereka beradik masih dibawah tanggungjawab abangnya, mereka seharusnya tidak bertindak sewenang-wenangnya.

Baca artikel selanjutnya untuk mengetahui tentang isu-isu yang lain:

Jadi ‘Punching Bag’ Bapa Tiri, Gadis Dedah Didera Sampai Hampir Buta
Gigit Isteri Sebab Berang Guna Duit BKSS Beli Susu Anak, Suami Dayus Di Kuching Kini Diberkas Polis
SUMBER :Twitter @tufairies
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jalan Sempadan Malaysia-Indonesia Bakal Dinaik Taraf Bagi Bantu Promosi Sarawak Jalan Sempadan Malaysia-Indonesia Bakal Dinaik Taraf Bagi Bantu Promosi Sarawak
Next Article Dedah ‘Sneak Peak’ Cawangan Pertama Di Sarawak, 4Fingers KIA Akan Buka Tak Lama Lagi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?