• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap ‘Doping Teknologi’ Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa

Oleh
Ismail NA
6 Ogos 2021
Kongsi
7 Min Bacaan

Apa cerita ni, Nike?

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap ‘Doping Teknologi’ Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa. Temasya Olimpik Tokyo 2020 menyaksikan pelbagai kisah dan kontroversi yang menarik untuk diketahui umum. Awal minggu ini, atlet lari pecut 400 meter berpagar dari Norway, Karsten Warholm telah memenangi pingat emas sekaligus memecahkan rekod dunia miliknya dalam acara tersebut mengalahkan pesaing terdekatnya, Rai Benjamin dari Amerika Syarikat.

Isi Isi Penting
  • Apa cerita ni, Nike?
  • Apakah yang dimaksudkan oleh Karsten ini sebenarnya?
  • “Kalau nak ‘kusyen’ dalam kasut, baik berlari atas tilam,” – Karsten
  • ‘Doping teknologi’ kasut trampolin Nike rampas kredibiliti sukan lari pecut
  • Nike mulakan ciptaan kasut kontroversi dalam sukan larian
  • World Athletics belum umumkan pengharaman kasut trampolin Nike
  • Fakta menarik lain tentang Sukan Olimpik :

Walau bagaimanapun, kenyataan yang dibuat oleh Karsten selepas memenangi acara tersebut telah mengundang perhatian ramai orang kerana beliau mendakwa telah menang mengatasi ‘penipuan’ teknologi dalam sukan lari pecut.

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Karsten Warholm, pemenang pingat emas acara 400 meter lari berpagar bersama atlet Amerika, Rai Benjamin. Kredit foto : Roger Sedres via Gallo Images

Apakah yang dimaksudkan oleh Karsten ini sebenarnya?

Karsten telah mengkritik keras kasut ‘spike’ yang digunakan oleh pesaing terdekatnya, Rai Benjamin yang menggunakan kasut Nike Air Zoom Victory. Beliau mengatakan bahawa teknologi kasut tersebut adalah satu bentuk penipuan yang menyebabkan ramai atlet merangkul pingat dan kejuaraan di balapan.

Rai antara beberapa orang atlet yang bertanding di Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang menggunakan kasut teknologi spike terbaharu dari Nike tersebut.

Teknologi yang dimaksudkan oleh Karsten adalah ciri-ciri kasut yang dipasang plat karbon fiber, lapisan foam yang bersifat kenyal dan poket udara yang besar. Ciri teknologi ‘trampolin’ ini memberikan kekuatan dan lebih lonjakan untuk atlet agar larian mereka kononnya menjadi lebih efisien.

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap ‘Doping Teknologi’ Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa. Sumber : The Sun

“Kalau nak ‘kusyen’ dalam kasut, baik berlari atas tilam,” – Karsten

Karsten mengecam dengan nada yang keras penggunaan kasut sedemikian dalam acara pecut. Beliau tidak menafikan penggunaan kasut tersebut dalam acara larian jarak sederhana kerana ia membantu keselesaan pelari yang akan berlari dalam masa yang lama. Namun, penggunaan kasut tersebut dalam acara pecut adalah sesuatu yang sangat tidak munasabah kerana ia dianggap ‘doping teknologi ‘. Ia tidak menunjukkan tahap sebenar larian atlet kerana kelajuan itu dibantu oleh lonjakan yang ada pada kasut yang dipakai oleh pelari.

“Jika anda perlukan ‘kusyen’ dalam kasut anda, baik anda letak tilam sahaja di atas balapan,”

Karsten Warholm, pemenang pingat emas acara 400 meter lari berpagar Olimpik Tokyo 2020

‘Doping teknologi’ kasut trampolin Nike rampas kredibiliti sukan lari pecut

Teknologi kasut trampolin juga didakwa telah merampas kredibiliti dalam sukan lari pecut. Menurut Karsten, walaupun beliau juga mengaku menggunakan kasut yang direka menggunakan teknologi spike hasil kerjasama pasukan Mercedes AMG Petronas F1 dan Puma yang lebih maju untuk penampilan dalam Sukan Olimpik ini, namun beliau tetap mahukan plat karbon kasut pecutnya senipis yang boleh agar tidak mengganggu keupayaan sebenar lariannya.

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Kasut plat karbon nipis milik yang digunakan Karsten di Olimpik Tokyo 2020. Sumber foto : PUMA CATch up
Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Karsten bersama kasut spike kerjasamanya dengan Mercedes dan PUMA. Sumber : PUMA

“Teknologi akan sentiasa berkembang. Namun, saya juga mahu perkembangan itu kekal pada satu tahap yang mana keupayaan sebenar seseorang atlet masih boleh dilihat dan dibandingkan kerana itu lebih penting,”

Karsten Warholm
Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Kredit foto : Martin Meissner, The Associated Press

Karsten bukan satu-satunya atlet yang mengkritik penggunaan kasut trampolin Nike ini. Pemegang rekod dunia lari pecut 100 meter, Usain Bolt turut menentang penggunaan kasut ini dan menyifatkan ia tidak adil buat atlet lain yang bertanding memakai kasut tapak nipis.

Nike mulakan ciptaan kasut kontroversi dalam sukan larian

Untuk pengetahuan anda, teknologi kasut buat para atlet oleh syarikat Nike ini sudah lama mencetuskan kontroversi sejak kemunculan kasut larian jarak jauh, Vaporfly. Sebuah kajian bebas yang dilakukan oleh Barnes terhadap kasut Nike yang diterbitkan pada Februari 2019 melaporkan bahawa kasut Nike jenis Vaporfly telah meningkatkan kepantasan larian atlet sebanyak 4.2%.

Walaupun peratusan ini dilihat sangat kecil, tetapi ia memberi kesan yang sangat besar buat para atlet.

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Sumber : Believe in the Run

Sebagai contoh, dalam sukan marathon. Jika seseorang atlet biasanya mengambil masa selama 2 jam 10 minit untuk menamatkan larian, penggunaan kasut Vaporfly boleh memendekkan masa larian kepada 3 minit 30 saat lebih pantas daripada biasa. Bagi pelari terbaik dunia, perbezaan catatan masa yang ketara ini membolehkan mereka memecahkan rekod dunia dengan mudah. Malah, prestasi mereka akan tampak lebih cemerlang daripada kebiasaannya.

Kasut ini telah digunakan oleh pelari terbaik dunia termasuklah Eliud Kipchoge, pemegang rekod maraton dunia dari Kenya yang berjaya menamatkan larian di bawah masa 2 jam pada tahun 2019. Namun, catatan tersebut tidak diiktiraf oleh Pertubuhan Kesatuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) atas faktor luar biasa yang dimiliki oleh Eliud serta pelaksanaan maraton itu yang berbeza daripada maraton biasa.

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Kredit foto : Jed Leicester/The INEOS 1:59 Challenge/AP

Teknologi ini kini mula menyusup dalam sukan lari pecut. Walaupun kelebihan yang dimiliki oleh pelari sedikit kecil tetapi ia tetap akan memberikan impak yang signifikan.

World Athletics belum umumkan pengharaman kasut trampolin Nike

Walau bagaimanapun, World Athletics belum membuat sebarang pengumuman mengenai pengharaman kasut Nike tersebut walaupun terdapat desas desus pengharaman baru-baru ini. Peraturan terkini menyatakan bahawa kasut tidak akan memberikan apa-apa kelebihan atau bantuan untuk atlet dan haruslah tersedia untuk semua. Namun, kesatuan antarabangsa itu tidak menjelaskan dengan lebih terperinci standard kasut spike yang dibenarkan.

‘Doping teknologi’ ini bukanlah pertama kali berlaku. Pada tahun 2009, sut renang polyurethane penuh seperti Speedo LZR Racer telah diharamkan penggunaannya oleh FINA kerana ia meningkatkan tahap apungan atlet. Disebabkan itu, sut ini telah berjaya memecahkan 25 rekod dunia acara renang di Sukan Olimpik Beijing 2008. Jika tidak menggunakan sut itu, hampir mustahil untuk perenang yang lain memenangi pertandingan.

Kontroversi Kasut Trampolin Nike Yang Dianggap 'Doping Teknologi' Kerana Bantu Atlet Lari Lebih Laju Dari Biasa
Sut Speedo LXR Racer yang digunakan oleh Michael Phelps. Kredit foto : DPA Picture Alliance Archive/Alamy Stock Photo

Begitu juga dengan kasut Nike ini. Walaupun belum sampai ke tahap itu tapi ia sebenarnya sudah hampir menyamai ‘doping teknologi’ sut renang polyurethane, lapor Barnes.

Anda rasa adil ke tidak?

Fakta menarik lain tentang Sukan Olimpik :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya Post-partum Depression Atau Lebih Dikenali Sebagai Meroyan, Fahami Lebih Lanjut Mengenai Simptomnya
Next Article TERKINI: Jumlah Tertinggi Pernah Dicatat, Sabah Rekod 1,291 Kes Positif COVID-19

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?