• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun

Oleh
ILB - AI
27 Mei 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Jalan Dari Samarahan Ke Simunjan Semasa PKPB, 25 Penunggang Motosikal Dikompaun

Dibawa Ke Ibu Pejabat Polis Daerah Simunjan

Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun. Semalam, sekumpulan penunggang motosikal dikompaun dan dibawa ke ibu pejabat polis daerah Simunjan ketika diketahui berjalan dari Samarahan ke Simunjan. Mereka dihentikan oleh sepasukan polis yang sedang melakukan pemeriksaan di KM1 Jalan Tun Openg, Simunjan sekitar jam 2 petang.

Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun
Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun
Kredit : Borneo Post

Salah Seorang Daripada Mereka Merupakan Seorang Anggota Polis

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Dato Dev Kumar, salah satu daripada anggota kumpulan terbabit merupakan seorang anggota polis dari ibu pejabat polis Kota Samarahan. Dipercayai kumpulan tersebut menuju ke Kampung Nanas, Simunjan setelah berhenti di pasar daerah itu.

Kesemua saspek berasal dari Kota Samarahan dan gagal mengemukakan permit merentas daerah semasa pemeriksaan terbabit. Mereka juga gagal memberikan alasan yang munasabah kepada pihak polis mengapa mereka ‘konvoi’ ke Simunjan dengan menaiki motosikal mereka, kata beliau.

Semua suspek kemudian dibawa ke ibu pejabat polis daerah Simunjan di mana masing-masing dikenakan kompaun atas kesalahan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Kawasan yang Dijangkiti) (No. 6) 2020.

Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun
Gambar sekadar hiasan. Kredit : Dayak Daily

Hanya untuk raon-raon

Ketika di balai polis, baru mereka memberitahu alasan kenapa mereka menuju ke Simunjan dari Kota Samarahan.

“Suspek-suspek mengaku bahawa mereka keluar untuk joy ride dari Kota Samarahan ke Simunjan setelah beberapa lama tidak dapat menunggang motosikal mereka,” kata Dato Dev Kumar lagi.

Mereka kemudian diarahkan pulang semula ke Kota Samarahan menggunakan Jambatan Sadong setelah dikenakan kompaun.

Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun
Antara penunggang yang ditahan di jalan Kampung Nanas, Simunjan.
Kredit : Harian Metro

Untuk peringatan anda semua, PKPB berlangsung sehingga 9 Jun, jadi tak boleh juga keluar rumah sesuka hati tanpa sebab walaupun sudah dilonggarkan kawalan. Faham-faham lah masing-masing gatal nak bawa kenderaan keluar rumah setelah sekian lama di rumah. Buat setakat ini, panaskan enjin di rumah sahaja dahulu, daripada berisiko disaman polis atas sebab gian nak keluar, kan? Hang in there!

Kredit: Giphy

Lagi berita semasa PKPB :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis
Next Article 7 Perkara Yang Perlu Anda Tahu Tentang Hari Gawai Dayak

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?