• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis

Oleh
ILB - AI
26 Mei 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis

Semasa diperiksa suspek enggan memberikan kerjasama

Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis. Seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai mabuk diberkas selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjawat awam yang bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Kuching, di sini, awal pagi tadi.

Isi Isi Penting
  • Semasa diperiksa suspek enggan memberikan kerjasama
  • Ditahan untuk pemeriksaan kerana disyaki melanggar PKPB
  • Suspek juga dipercayai mabuk
  • Kini ditahan untuk siasatan lanjut
  • Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan pelanggaran PKPB di Sarawak :
Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis
Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis

Ditahan untuk pemeriksaan kerana disyaki melanggar PKPB

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, suspek berumur 24 tahun itu terdahulunya telah ditahan selepas disyaki melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Difahamkan juga beliau telah ditahan pada sekitar jam 3.15 pagi, dan semasa diperiksa suspek juga enggan memberikan kerjasama.

Suspek juga dipercayai mabuk

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Ghani, suspek dipercayai mabuk.

“Dipercayai dia mabuk dan enggan memberikan kerjasama serta turut mengeluarkan perkataan kesat dan marah-marah kepada petugas semasa pemeriksaan dijalankan,” 

Ketika ditahan di sekatan jalan raya tersebut, lelaki itu juga gagal memberikan alasan munasabah kerana merentasi sempadan daerah Kuching-Padawan.

Kini ditahan untuk siasatan lanjut

Suspek kini telah ditahan untuk siasatan lajut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Bukan itu sahaja, malah suspek turut disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

ACP Awang Din Awang Gani turut menasihati orang ramai agar patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat dan diingatkan juga supaya tidak memandu semasa mabuk untuk mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan pelanggaran PKPB di Sarawak :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pelajar Universiti Swasta Di Miri Meninggal Dunia Disyaki Jatuh Dari Tingkat 15 Sebuah Apartmen
Next Article Jalan Dari Samarahan Ke Simunjan Semasa PKPB, 25 Penunggang Motosikal Dikompaun Konvoi Samarahan Ke Simunjan Bawa Padah, 25 Penunggang Termasuk Seorang Polis Dikompaun

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?