• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Oleh
Husna Hazmi
13 September 2022
Kongsi
6 Min Bacaan

Ini adalah bagaimana Kota Pontianak mendapat namanya.

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan. Kota Pontianak bukanlah asing lagi bagi rakyat Sarawak khususnya kerana ia adalah pintu gerbang untuk kita meneroka Kalimantan Barat, Republik Indonesia. Selain terkenal dengan nama Pontianak yang cukup menggerunkan apabila didengari, Kota ini juga terkenal dengan nama jolokannya iaitu “Kota Khatulistiwa”.

Isi Isi Penting
  • Versi Pertama
  • Versi Kedua
  • Versi Ketiga
  • Versi keempat
  • Versi kelima

Ini kerana lokasinya yang betul-betul terletak ditengah-tengah garisan Khatulistiwa. Nama “Pontianak” ini bukanlah masih baru sebaliknya sudah digunapakai berabad lamanya iaitu dikatakan sejak berdirinya Kerajaan Pontianak yang pernah wujud di bumi Borneo suatu waktu dahulu.

Kota ini mendapat namanya dari lima versi kisah yang berbeza dan setiap satunya begitu unik untuk kita ketahui.

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan
IKetahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Versi Pertama

Didalam sejarah, pernah ada satu kerajaan yang bernama Kerajaan Kadriah Pontianak yang berdirinya sekitar tahun 1771 hingga 1950 masihi. Pengasas kepada kerajaan ini Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie iaitu salah seorang putera di dalam Kerajaan Mempawah. Selepas kemangkatan ayahandanya beliau telah merantau menyusuri Sungai Peniti dan seterusnya ke Sungai Kapuas untuk mencari tanah baru bagi dibangunkan satu kerajaan.

Setelah melalui beberapa tempat namun masih tidak menemui kawasan yang sesuai. Akhirnya, rombongannya tiba di satu tanjung lalu bermalam disitu. Di ketika waktu malam, rombongannya diganggu oleh bunyi-bunyi yang menyeramkan. Pada mulanya tidaklah dihiraukan namun apabila memasuki malam yang ketiga, Syarif Abdurrahmah sendiri sudah tidak tahan lalu menitahkan rombongannya untuk mengarahkan meriam ke arah bunyi-bunyi tersebut.

Oleh kerana adanya bunyi tembakan meriam memecah suasana malam maka ianya telah mengejutkan seluruh penduduk tempatan di kawasan tersebut. Yang peliknya apabila bunyi-bunyi yang menyeramkan ini diperangi, akhirnya ia hilang. Dikala itulah Syarif Abdurrahman mendapat ilham untuk mendirikan kerajaannya di satu tanjung yang kemudiannya dinamakan Pontianak iaitu mengambil nama sempena dengan gangguan hantu kuntilanak yang menganggu rombongan mereka ketika mula-mula bertapak di kawasan tanjung tersebut.

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Versi Kedua

Dikatakan pada tahun 1771 masihi setelah Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie memilih satu kawasan tanjung di Sungai Kapuas untuk didirikan kerajaannya maka hal yang pertama dibina adalah sebuah masjid dan juga sebuah istana. Maka bermulalah pembinaan kedua-duanya yang lokasinya amat berdekatan antara satu sama lain.

Masjid Jamek itulah nama masjid yang hendak didirikan oleh Sultan Syarif Abdurrahman. Pada masa itu binaannya teramatlah sederhana iaitu beratapkan rumbia dan strukturnya diperbuat dari kayu yang diperolehi daripada pohon-pohon yang hidup di kawasan sekitarnya.

Diketika pembinaan masjid jamek itulah para pekerja telah membawa keluarga mereka untuk tinggal bersama di dalam kawasan pembinaan masjid. Dek kerana itulah banyak ayunan anak yang dinaikkan bagi menidurkan anak-anak mereka sehingga kawasan tersebut dikenali dengan nama ayunan anak.

Hendak dijadikan cerita, pada suatu hari Sultan Sharif Abdurrahman sedang di dalam jangka lawatan melihat peringkat pembinaan Masjid Jamek tersebut. Dikala itulah baginda melihat banyaknya ayunan anak yang memenuhi kawasan sekitar masjid di sebalik pondok-pondok yang didirikan oleh pekerja-pekerjanya.

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Versi Ketiga

Di satu kawasan tanjung yang hendak didirikan sebuah kerajaan yang ditemui oleh Sultan Syarif Abdurrahman itu dikatakan merupakan satu kawasan yang berhutan. Didalam dialek tempatan dinyatakan bahawa kawasan itu turut dinamakan “Pohon Punti” iaitu bermaksud pohon yang besar dan tinggi.

Dan jika kita merujuk kepada satu surat iaitu laporan daripada seorang rakyat tempatan yang mungkin ketua masyarakat pada Sultan Sharif Yusuf Alkadrie. Sultan Sharif Yusuf merupakan Sultan yang banyak membiarkan pemerintahannya dijalankan oleh pembesar kerana baginda lebih suka mendampingi ilmu agama daripada memerintah negaranya.

Di dalam surat daripada Hussein bin Ahmad Al-Aidrus (Rakyat Negeri Pontianak) ada menyebutkannya di dalam baris keempat belas iaitu:

“Maka di dalam watasan telah ada juga pohon-pohon hamba tuanku yang sudah bertanam memang disitu, embawang ada 3 dan rambai 8 dan keranji 2, dan buluh 7 rumpun dan pohon punti 1 dan pohon kandis 1 dan beberapa sagu yang hamba tanam di dalam sungai itu ada 6 rumpun yang besar dan yang kecil ada lebih 300 ratus batang”.

Jadi, berkemungkinan besar Sultan Syarif Abdurrahman memberikan nama sedemikian rupa kerana sememangnya bumi Kalimantan berzaman lamanya penuh dengan tumbuh-tumbuhan yang besar dan tinggi iaitu pohon punti.

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Versi keempat

Di dalam penggunaan bahasa lama dulu-dulu, “Pontian” juga merujuk kepada satu kawasan perhentian ataupun persinggahan. Jadi ianya bersesuaian dengan pelayaran Sultan Syarif Abdurrahman Alkadrie pada masa itu yang mana telah singgah untuk bermalam di satu kawasan tanjung.

Malah jika kita merujuk kepada bagaimana daerah Pontian, Johor mendapat nama juga mempunyai cerita yang serupa iaitu terletak di kawasan tanjung dan menjadi tempat persinggahan mahupun perhentian untuk saudagar beristirehat.

Ketahui Kisah Bagaimana Kota Pontianak Mendapat Nama Yang Menggerunkan

Versi kelima

Bagi segelintir masyarakat Cina yang mendiami Pontianak pula mempercayai bahawa asal namanya Pontianak itu bermula daripada bahasa Mandarin iaitu “Kun Dian” atau “Kun Tian”. Ini kerana di dalam bahasa mandarin ianya bermaksud “persinggahan” atau “perhentian”.

Begitulah ceritanya bagaimana Pontianak, Kalimantan Barat mendapat nama malah terdapat lima versi yang berbeza-beza. Setiap satu mempunyai alasan yang kukuh untuk memperjelaskan maknanya. Namun begitu ramai pakar sejarahwan di Kalimantan lebih memilih untuk mengangkat versi satu kerana ianya sinonim dengan cerita sejarah berdirinya kerajaan dulu-dulu iaitu samada melalui sesuatu peristiwa pelik sebagai petanda.

Lagi di sini kisah menarik yang anda boleh ketahui:

Daun Liar di Hutan Borneo Ini Rupanya Boleh Beri Rasa Mirip Ajinomoto
5 Kisah Lagenda Batu Misteri Yang Terdapat Di Sarawak
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Mahu Berlaku Adil, Lelaki Ini Telah Berkahwin Sebanyak 53 Kali Sepanjang Hidupnya
Next Article Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K Menabung Tak Sampai 2 Tahun, Tular Lelaki Ini Berjaya Kumpul Wang Sebanyak RM28.5K

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?