Ini Termasuk Gaji Perdana Menteri, Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia
Krisis COVID-19 : Gaji Menteri Malaysia Dipotong 2 Bulan Untuk Sumbangan Tabung COVID-19. Dalam mengharungi krisis COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, kerajaan Malaysia akhirnya memutuskan untuk memotong gaji jemaah memteri termasuk Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia sebanyak 2 bulan gaji. Gaji yang dipotong ini seterusnya akan disalurkan ke Tabung COVID-19. Keputusan ini dibuat menerusi Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020.

Kredit : FB Muhyiddin Yassin
Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pemotongan gaji ini adalah bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac yang lalu kini mempunyai dana sebanyak RM 8,493,103.48 termasuk sumbangan korporat, individu serta geran kerajaan.
Dalam perkembangan sebelumnya, negeri Pahang memulakan langkah kanan apabila kesemua exco kerajaan negeri tersebut bersetuju agar gaji mereka dipotong sebanyak 10% selama 3 bulan untuk disalurkan ke Tabung COVID-19 negeri Pahang. Perkara tersebut diumumkan oleh menteri besar Pahang pada 25 Mac 2020.
Semua EXCO Pahang setuju memotong gaji 10 peratus selama tiga bulan untuk tabung #COVIDー19 negeri – MB pic.twitter.com/f2xGFViK7E
— BERNAMA (@bernamadotcom) March 25, 2020
#PotongGajiMenteri Sempat Tular, Netizen Desak Gaji Menteri Dipotong Untuk Sama Bantu Krisis COVID-19
Sebelum ini, isu pemotongan gaji jemaah menteri sempat menjadi perbualan dalam kalangan netizen di laman media sosial. Hal ini berikutan kebanyakan negara yang terjejas teruk di seluruh dunia sudah memulakan langkah pemotongan gaji menteri bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.
Selain itu, netizen juga berpendapat bahawa jemaah menteri menerima gaji serta elaun tinggi yang membolehkan mereka menyumbang dengan lebih banyak bagi bersama-sama membantu semasa mengharungi situasi genting ini.
Malah, terdapat seruan daripada netizen dengan tanda pagar #PotongGajiMenteri tular di laman media sosial yang mahukan gaji jemaah menteri di Malaysia dipotong sebanyak 50%.
Potongan 50% ini semestinya dapat membantu Kementerian Kesihatan Malaysia dalam menangani wabak COVID-19 ini.
— Nadia J (@AchuNadia) March 23, 2020
Ini waktu untuk semua berjuang.
Pekerja2 gaji hari ni berkemungkinan besar TIADA akaun kwsp.
— kemal (@akmalnism) March 23, 2020
Mohon kerajaan memikirkan untuk menimbal cadangan rakyat untuk mengurangkan gaji menteri supaya dapat disalurkan kepada yang memerlukan.#PotongGajiMenteri
Yess then they can live off their “simpanan” that they have been telling us rakyat to have. #PotongGajiMenteri https://t.co/ibL8MUkZEo
— nabe’ (@nurulnabe) March 24, 2020
Kita bukan jenis sembang lebat dekat media social.
— Faiz Wahab (@faizwahab) March 23, 2020
Korang jangan lupa pergi isi https://t.co/JkcSapQt5X#PotongGajiMenteri #KitaJagaKita pic.twitter.com/yfSs3GHplc
Malaysia cabinet ministers and MPs can follow Singapore ministers and MPs. Out of solidarity for our frontliners and everyone affected by Covid-19, donate your salary. #PotongGajiMenterihttps://t.co/2cCwPaoO12
— Anas Hayyan is Staying At Home (@AnasHayyan) March 23, 2020
#PotongGajiMenteri
— kaori⁰³²⁷ (@libomiee) March 23, 2020
I know our government doing their best to help this covid19 but still there is unfunctional minister. A lot of B40 suffering and loss their income. I don’t see this covid19 will end earlier. So #PotongGajiMenteri and give to people who need
Oh yes, sebagai rakyat marhaen aku amat bersetuju kalau kita #PotongGajiMenteri bagi menampung keperluan yang diperlukan terutama untuk tampung kos yang tak cukup di hospital-hospital sekarang. Menteri gaji berkepuk rakyat jugak yang kena crowdfund? Tak beragak. https://t.co/jM9MiFNQy8
— Dato’ Azwak (Kaunter Aduan Rakyat Tertindas) (@InjangNation) March 23, 2020
Covid-19
— MuktamarLagaCawan (@LagaCawan) March 24, 2020
Korea Selatan : Presiden & Menteri Pulangkan 30% gaji
S’pore : Menteri potong sebulan gaji
Indonesia : Kerajaan hapus kutip cukai selama 6 bulan
Thailand : Menteri derma gaji
Malaysia : Menteri suruh rakyat keluarkan duit sendiri dari KWSP dan minum air suam
😂😭
Tambah netizen lagi, membuka saluran sumbangan derma daripada orang awam pada masa ini tidak begitu relevan memandangkan keadaan ekonomi rakyat yang merudum dan tidak begitu stabil. Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk mereka yang ingin menyumbang seikhlas hati.
Apa-apa pun, terima kasih dan syabas menteri Malaysia!
Kenali selebriti dan ikon jutawan dunia yang turut menderma untuk krisis COVID-19 :