• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!

Oleh
Ismail NA
11 November 2021
Kongsi
4 Min Bacaan

Kalau pandai godek cara, mesti jumpa punya!

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit! Mencari tiket penerbangan pada saat akhir tentunya sesuatu yang leceh dan sulit. Mengenangkan harga tiket yang melambung tinggi, situasi ini tentunya membantutkan hasrat anda untuk pergi ke sesuatu tempat.

Melalui sebuah perkongsian di laman Facebook, seorang lelaki yang juga merupakan seorang travel blogger, Abang Fadli telah berkongsikan tips terbaharu untuk anda mendapatkan harga tiket kapal terbang dengan harga yang lebih murah. Malah, anda boleh berjimat sehingga ratusan ringgit!

Menurut Abang Fadli, anda boleh mencari tiket pesawat melalui laman sesawang Fireflyz. Jelasnya lanjut, Fireflyz berkongsi kod penerbangan yang sama dengan Malaysia Airlines untuk tujuan penerbangan Sarawak. Oleh itu, penerbangan yang anda akan lihat di laman sesawang tersebut sebenarnya adalah pesawat yang yang dioperasikan oleh Malaysia Airlines! Lagi lah mindblown kan?

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!
Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit! Sumber : FB Abang Fadli

Kami cuba untuk menempah sendiri dan ternyata memang betul!

Berikut adalah panduan tempahan seperti yang dikongsikan oleh Abang Fadli menerusi hantaran Facebook nya;

Langkah 1 : Daftar sebagai ahli dalam laman sesawang Fireflyz. Selepas keahlian anda disahkan, anda akan menerima satu emel notifikasi yang menyatakan bahawa akaun e-wallet Fireflyz anda telah dikreditkan dengan jumlah RM 50 percuma bersempena dengan program Stimulus Cuti Malaysia.

Nota kaki : Walau bagaimanapun, anda perlu menambah nilai minimum RM 3,000 ke dalam akaun tersebut sebelum boleh menggunakannya. Jika anda mempunyai bajet lebih, anda boleh menggunakan kaedah ini. Jika tidak, anda boleh mengabaikan kaedah ini dan terus ke langkah yang seterusnya.

Langkah 2 : Pilih tarikh dan waktu penerbangan anda. Seperti yang anda lihat, harga tiket penerbangan yang terdekat adalah pada 13 November 2021 (Sabtu) dan berharga RM 199.14. Not bad kan?

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!

Langkah 3 : Jangan lupa untuk beli insurans sebagai perlindungan di masa hadapan. Kalau tiba-tiba ada delay sehingga 3 jam, anda layak mendapatkan pampasan sebanyak RM 250.

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!

Langkah 4 : Pilih kaedah pembayaran menggunakan GrabPay. Kaedah pembayaran ini mempunyai lebih banyak fleksibiliti kerana anda boleh memilih untuk melakukan pembayaran secara ansuran, pinjam dulu bayar kemudian (GrabPayLater) atau menggunakan baki GrabPay.

Kami cuba menggunakan kaedah GrabPayLater dan memasukkan kod promosi khas sempena 11.11 iaitu 1111PAYLATER. Dengan kod ini, harga penerbangan kami dikurangkan daripada RM 217.16 (termasuk insurans dan bagasi 20 kg) kepada RM 167.16 sahaja. Pengurangan sebanyak RM 50!

Bukan itu sahaja, anda akan mendapat beratus mata tambahan. Sejujurnya, kami impressed!

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!

Langkah 5 : Bayar dan selesai! Anda telah pun ‘secure’ tiket penerbangan anda ke destinasi pilihan anda. Tahniah!

Jika anda amati pada itinerari tiket anda kelak, anda akan mendapati bahawa pesawat yang bakal membawa anda kelak adalah sebenarnya pesawat Malaysia Airlines berserta kod MH. Hal ini juga telah didedahkan oleh Abang Fadli menerusi itinerari tiket penerbangannya berserta perbandingan harga dengan laman sesawang Malaysia Airlines. Memang betul jimat beratus ringgit!

Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!
Itinerari tiket tempahan yang ditempah oleh Abang Fadli menerusi laman sesawang Fireflyz. Sumber : FB Abang Fadli
Traveller Ini Kongsi Trik Beli Tiket Saat Akhir, Siap Boleh Jimat Ratusan Ringgit!
Harga tiket MAS yang sebenar berbanding dengan harga tempahan di Fireflyz. Sumber : FB Abang Fadli

Kalau tak percaya, anda boleh cuba sendiri. Lagi-lagi kalau anda beli pada hari ini, 11.11.2021. Manfaatkan selagi boleh!

Lagi tawaran tiket penerbangan yang anda boleh cuba :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Universiti Penuh Terbaharu Di Malaysia, UTS Sibu Tampil Memukau Dengan Seni Bina Moden Dan Futuristik
Next Article Kuching Bandaraya Pertama Di Malaysia Diiktiraf UNESCO Dalam Rangkaian Bandar Kreatif Kategori Gastronomi

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?