• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu

Oleh
Ismail NA
22 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Angka peningkatan yang semakin membimbangkan.

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu. Kes penularan pandemik di bahagian Kuching kian membimbangkan apabila angka pesakit kini mencecah 36 kes dalam masa seminggu sahaja.

Isi Isi Penting
  • Angka peningkatan yang semakin membimbangkan.
  • Kuching catat 42 kes dalam masa 14 hari
  • Impak buruk jika Kuching bertukar zon merah
  • Lagi artikel lain :

Malah, angka ini menghampiri status zon merah pandemik.

Menurut laporan CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, kes-kes yang dikesan di Kuching telah menambahkan jumlah kluster baru iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Pasar Stutong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jeti, Kluster Jupiter dan Kluster Sentosa. Keseluruhan kluster yang aktif kini adalah sebanyak 7 kluster.

Kuching catat 42 kes dalam masa 14 hari

Sehingga kini juga, 3 bahagian telah bertukar dari status hijau ke kuning iaitu bahagian Kuching, Samarahan dan daerah Bau. Kuching mencatatkan angka jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 42 kes dalam masa 14 hari, diikuti Samarahan dengan 5 kes serta 1 kes di Bau.

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu
Laporan CPRC JKNS 22 Julai 2020

Jumlah peningkatan yang cepat ini sememangnya membimbangkan semua terutamanya penduduk di bahagian Kuching. Sekiranya Kuching diisytiharkan semula sebagai zon merah, tentunya langkah pencegahan yang lebih ketat perlu diambil.

Impak buruk jika Kuching bertukar zon merah

Namun demikian, impaknya terhadap kelangsungan hidup dan ekonomi akan bertukar menjadi lebih buruk kerana rutin harian terjejas dan tidak dapat dilakukan seperti biasa. Kadar pengangguran semakin tinggi, malah syarikat perniagaan juga akan gulung tikar.

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu
Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu.
Sumber : Anthony WALLACE / AFP)

Kepada masyarakat di luar sana, jangan mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Anda juga mempunyai peranan yang besar sebagai petugas hadapan memerangi pandemik ini.

Elakkan mengunjungi kawasan sesak dan keluar hanya apabila benar-benar memerlukan. Sentiasa pakai pelitup muka, mencuci tangan, menjaga penjarakan sosial serta mengamalkan kebersihan diri.

Sama-sama kita menjadikan Sarawak dan Malaysia sebagai sebuah negara bebas COVID-19.

Kita jaga kita.

Lagi artikel lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Tiada Lagi Kuarantin Di Rumah, Rakyat Pulang Dari Luar Negara Wajib Jalani Kuarantin Di Pusat Kuarantin
Next Article Rakyat Tak Patuh SOP, Penggunaan Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Sesak Dan Pengangkutan Awam Mulai 1 Ogos

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?