• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Rakyat Tak Patuh SOP, Penggunaan Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Sesak Dan Pengangkutan Awam Mulai 1 Ogos

Oleh
Ismail NA
23 Julai 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Cara terbaik untuk kawal penularan semula pandemik.

Rakyat Tak Patuh SOP, Penggunaan Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Sesak Dan Pengangkutan Awam Mulai 1 Ogos. Mulai 1 Ogos 2020, orang ramai diwajibkan untuk memakai pelitup muka sekiranya berada di tempat yang sesak. Peraturan tersebut juga dikenakan kepada mana-mana individu yang menaiki pengangkutan awam seperti LRT, bas, serta kapal terbang.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Kanan Keselamatan, Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini.

Susulan sikap rakyat yang kini kurang patuh pada SOP

Jelasnya, keputusan tersebut dicapai semasa mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) susulan sikap rakyat yang kini semakin leka dan kurang mengamalkan SOP seperti yang disarankan.

Rakyat Tak Patuh SOP, Penggunaan Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Sesak Dan Pengangkutan Awam Mulai 1 Ogos
Rakyat Tak Patuh SOP, Penggunaan Pelitup Muka Diwajibkan Di Tempat Sesak Dan Pengangkutan Awam Mulai 1 Ogos
Sumber : MyPF.my

Bukan itu sahaja, orang ramai juga dilihat semakin selesa untuk keluar dengan tidak menggunakan pelitup muka terutamanya apabila menaiki pengangkutan awam. Malah, amalan penjarakan sosial juga semakin dilupakan.

Oleh itu, kerajaan hari ini telah mewajibkan penggunaan pelitup muka bermula 1 Ogos depan.

Ditegur tak pakai pelitup muka pun boleh buat gaduh

Sebelum ini, penggunaan pelitup muka semakin tidak diendahkan oleh orang ramai. Malah, gara-gara pemakaian pelitup muka ini, orang awam ini telah menampar seorang staf di sebuah restoran di Satok, Kuching.

Pemakaian pelitup muka pula hendaklah dipakai dengan betul bagi mengelakkan anda dijangkiti oleh partikel virus yang berkemungkinan ada di pelitup muka anda.

Rujuk artikel ini pemakaian pelitup muka dengan cara yang betul :

Ayuh rakyat Malaysia! Perjuangan kita belum selesai. Sama-sama kita bantu meringankan beban petugas hadapan dalam menangani pandemik ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu
Next Article Tidak Mustahil Ada PKPD Di Sarawak Jika Kes Meningkat – DG Hisham

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?