• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kuching Kini Kembali Menjadi Kawasan Hijau, Hanya 1 Kluster Aktif Yang Tinggal

Oleh
ILB - AI
15 Disember 2020
Kongsi
2 Min Bacaan
Kuching Kini Kembali Menjadi Kawasan Hijau, Hanya 1 Kluster Aktif Yang Tinggal

Tiada kes jangkitan tempatan dicatatkan di Kuching selama 14 hari yang lalu.

Kuching Kini Kembali Menjadi Kawasan Hijau, Hanya 1 Kluster Aktif Yang Tinggal. Sarawak hari ini mencatatkan sifar kes COVID19 dan menjadikan kes keseluruhan kekal sebanyak 1075 kes.

Daerah Kuching juga kini menjadi kawasan hijau terbaharu di Sarawak selepas tidak mencatatkan apa apa kes transmisi tempatan sejak 14 hari yang lepas. Difahamkan juga, hanya tinggal 1 kluster yang aktif di Sarawak iaitu kluster Besi dengan 12 kes positif termasuk kes indeks.

Tiada kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj padahari ini. Jumlah keseluruhan kes positif COVID-19 yang telah pulih dan dibenarkan discaj kekal 1,045 orang atau 97.21% dari jumlah keseluruhan kes COVID-19 di Sarawak.

Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital adalah seramai 11 orang iaitu:
• Sembilan (9) kes di Hospital Umum Sarawak;
• Satu (1) kes di Hospital Miri; dan
• Satu (1) kes di Hospital Bintulu.

Tiada juga kes yang dirawat di Unit Rawatan Rapi setakat hari ini.

Sementara itu, jumlah individu yang menjalani kuarantin di pusat kuarantin di Sarawak adalah sebanyak 4647 orang setakat ini. Difahamkan juga setakat hari ini sebanyak 39694 orang telah selesai menjalani kuarantin wajib selama 14 hari.

Hampir kesemua kawasan di Sarawak kini adalah kawasan hijau melainkan Serian yang masih merupakan kawasan kuning selepas mencatatkan 2 kes penularan tempatan dalam jangka masa 14 hari yang lalu.

Baca Juga Artikel Lain :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini
Next Article Lima Beranak Jadi Gelandangan Di Miri Kerana Ditipu Majikan Kini Diselamatkan

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?