• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini

Oleh
Husna Hazmi
15 Disember 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Pembayaran BKSS B40 dan kepada individu bujang akan dimasukkan hari ini.

Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini. Pembayaran Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) B40 Rayuan RM1500 kepada Isi Ketua Rumah (KIR) dan RM500 sekali sahaja bagi individu bujang akan dibuat mulai hari ini.

Isi Isi Penting
  • Pembayaran BKSS B40 dan kepada individu bujang akan dimasukkan hari ini.
  • Boleh dituntut daripada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional
  • Bantuan One off RM500 kepada Individu Bujang
  • Boleh lakukan semakan di laman sesawang www.sarawak.gov.my/bkssrayuan

Menurut kenyataan akhbar Unit Perancang Ekonomi Sarawak, Jabatan Ketua Menteri, pembayaran kepada KIR akan dilakukan pada dua peringkat iaitu bayaran pertama RM750 akan disalurkan ke akaun bank masing-masing mulai hari ini.

Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini
Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini

Boleh dituntut daripada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional

Bagi penerima yang tidak mempunyai akaun bank pula, bantuan BKSS ini boleh dituntut daripada mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) seluruh negara dengan syarat, penerima perlu hadir sendiri dan mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter BSN mulai 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Bayaran yang kedua pula, iaitu baki RM750 akan dilakukan secara bulanan iaitu RM250 sebulan pada setiap 15 haribulan mulai Januari 2021 sehingga Mac 2021 bagi yang mempunyai akaun bank.

Sementara itu, bagi yang  tidak mempunyai akaun bank bantuan secara tunai RM750 boleh dituntut di kaunter mana-mana cawangan BSN di seluruh negara mulai 21 Januari 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini

Bantuan One off RM500 kepada Individu Bujang

Selain itu, bantuan sekali sahaja berjumlah RM500 kepada Individu Bujang B40 Rayuan akan disalurkan ke akaun bank masing-masing mulai hari ini. 

Penerima yang tidak mempunyai akaun bank bantuan BKSS pula, boleh menuntut bantuan mereka daripada mana-mana cawangan BSN di seluruh negara dengan hanya mengemukakan kad pengenalan masing-masing di kaunter bank mulai 21 Disember 2020 hingga 31 Mac 2021.

Pembayaran Rayuan BKSS B40 Dan Individu Bujang Akan Dimasukkan Mulai Hari Ini

Boleh lakukan semakan di laman sesawang www.sarawak.gov.my/bkssrayuan

Bagi mereka yang mahu mengetahui status permohonan Rayuan BKSS B40 boleh melakukan semakan di laman sesawang www.sarawak.gov.my/bkssrayuan selain menghubungi Talikhidmat di talian 082-555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai rayuan masing-masing.

Dalam perkembangan lain pula, Unit Perancang Negeri berkata penerima BKSS yang diluluskan sebelum ini dan tidak mempunyai akaun bank dinasihatkan agar hadir dan mengemukakan kad pengenalan di kaunter mana-mana cawangan BSN di seluruh negara untuk mendapatkan bantuan tunai BKSS B40.

Tarikh akhir untuk menuntut bantuan ini adalah pada 31 Mac 2021 dan mereka yang terbabit dinasihat untuk menghubungi Talikhidmat di talian 082- 555999 untuk pertanyaan lanjut mengenai status BKSS B40 masing-masing, tambahnya.

Unit Perancang Negeri turut memaklumkan permohonan BKSS B40 Rayuan telah ditutup serta tamat pada 31 Mei 2020 dan tidak akan dibuka semula.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kecoh Apabila Google, Youtube Dan Beberapa Laman Web Aplikasi Awam Alami Masalah
Next Article Kuching Kini Kembali Menjadi Kawasan Hijau, Hanya 1 Kluster Aktif Yang Tinggal Kuching Kini Kembali Menjadi Kawasan Hijau, Hanya 1 Kluster Aktif Yang Tinggal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?