• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia

Oleh
Husna Hazmi
4 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Sarawak bakal utamakan aspek kebersihan udara

Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia. Dilaporkankan bahawa kerajaan Sarawak akan mengutamakan aspek kebersihan udara dalam usaha meningkatkan kedudukan Kuching sebagai antara bandar raya terbersih di dunia.

Menurut Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, kerajaan Sarawak bakal membuat satu pendekatan dari sudut aliran trafik dan mobiliti kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara.

Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia
Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia. Kredit gambar: Guardian

Sarawak utamakan bahan api mesra alam

Beliau berkata bagi mempertahankan kedudukan bahdar raya terbersih di dunia itu, maka Sarawak adalah satu-satunya negeri yang mengutamakan penggunakan bahan api yang mesra alam iaitu hidrogen.

Pengangkutan awam di sini juga menggunakan bahan api bersih dan beliau turut berharap kenderaan yang digunakan di Sarawak juga menggunakan bahan api bersih mengikut pelan hala tuju kerajaan.

Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia

ART pengangkutan mesra alam

Tambah Premier Sarawak lagi ketika berucap dalam Majlis Ramah Tamah Aidilfitri Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) semalam, penggunaan Transit Aliran Autonomi (ART) juga menjadi satu pendekatan mesra alam di mana pengangkutan awam itu tidak mencemarkan alam sekitar.

Beliau juga berharap agar DBKU dan Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan mengenal pasti dan sentiasa berhubung dengan rakyat betapa pentingnya mempunyai pengangkutan awam yang tidak mencemarkan udara.

Hal ini kerana ia akan menaikkan lagi kedudukan Kuching sebagai salah satu bandar raya terbersih di dunia untuk jangka masa panjang.

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Cuaca Panas Melampau, Fenomena El Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai
Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina
SUMBER :Utusan Borneo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina
Next Article Kastam Rampas 22 Ribu Karton Minuman Keras Pelbagai Jenama Di Mukah Kastam Rampas 22 Ribu Karton Minuman Keras Pelbagai Jenama Di Mukah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?