• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina

Oleh
Aina Musa
4 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina

Jalan ini akan dibahagikan kepada 3 fasa

Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina. Satu jajaran jalan baharu akan dibina sebagai laluan alternatif yang akan menghubungkan Sibu dengan Kapit melibatkan jarak kira-kira 66 kilometer (km).

Pembinaan jalan yang dibahagikan kepada tiga fasa itu bermula dari kawasan Nanga Kabah hingga seberang pekan Kapit, dengan satu jambatan akan dibina merentasi Sungai Rajang di satu lokasi di antara pekan Song dan Kapit bagi menghubungkan jalan itu dengan jalan yang sedia ada.

Laluan Alternatif Hubungkan Sibu-Kapit Sejauh 66 KM Bakal Dibina. Sumber: Bernama

Jalan itu kelak akan memberi akses pengangkutan darat kepada penduduk di sepanjang Sungai Rajang yang terjejas apabila bot ekpress menghentikan operasi mereka setelah Jalan Sibu-Kapit yang sedia ada siap sepenuhnya pada Oktober 2021.

Upacara pecah tanah projek fasa 1 (Jalan Nanga Kabah/SK Beguang/Sungai Song) telah dirasmikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi di Beguang, Song semalam.

“Projek Fasa 1 di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar ini sepanjang 16.35km dari persimpangan Jalan Sibu-Jalan Nibong berdekatan kawasan Sungai Kabah (Kanowit) hingga ke Rumah Bukit (Song) dan menelan belanja RM145.89 juta,” kata Nanta kepada pemberita selepas majlis tersebut.

Beliau berkata jalan kelikir taraf R1 yang boleh dinaik taraf di masa akan datang itu akan dibina oleh Musyati Sdn Bhd dengan Jabatan Pengairan dan Saliran Sarawak sebagai agensi pelaksana dan dijadualkan siap pada 31 Mac 2027.

Menurutnya projek tersebut telah dimohon sejak 2010 dan diluluskan pada 2018, namun ditangguhkan berikutan bertukarnya kerajaan.

“Dengan bermulanya pembinaan fasa 1 projek ini bermakna penantian lama rakyat di sepanjang laluan itu akan berakhir.

“Difahamkan projek ini akan diteruskan dengan fasa 2 dan fasa 3 dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim telah meluluskan dan memberi peruntukan kerja awalan bagi pembinaan jambatan besar merentasi Sungai Rajang di antara pekan Kapit dan pekan Song,” katanya.

Menurutnya kelulusan peruntukan itu telah dimasukkan untuk Pelan Boleh Pinda Kelima (RP5) Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12).

Ahli Parlimen Kapit itu turut berkata bagi melengkapi pembangunan yang dibawakan kerajaan pusat itu, kerajaan negeri melalui Agensi Pembangunan Hulu Rajang (URDA) yang dipengerusikannya akan membina jalan yang menghubungkan kawasan Hulu Katibas, Hulu Baleh, kawasan Pelagus dan Bukit Goram.

Beliau berkata kesemua itu terkandung dalam pelan induk yang telah dirancang oleh URDA tidak kira menggunakan sumber pembiayaan daripada kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Cuaca Panas Melampau, Fenomena El Nino Dijangka Berterusan Hingga Julai
Next Article Kerajaan Sarawak Ingin Jadikan Kuching Sebagai Bandaraya Terbersih Di Dunia

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?