• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Ikon Kuching Tampak Lebih Hidup, Kucing Padungan Kini Bermata Biru Raih Puji Netizen

Oleh
Nazihah AN
2 Januari 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Ikon Kuching Tampak Lebih Hidup, Kucing Padungan Kini Bermata Biru Raih Pujian Netizen

Kucing Padungan Diberi Nafas Baru dengan Senyuman Ceria dan Mata Biru Menawan

Ikon Kuching Tampak Lebih Hidup, Kucing Padungan Kini Bermata Biru Raih Puji Netizen. Memasuki tahun 2025, ikon terkenal Bandaraya Kuching, patung kucing di Padungan, tampil dengan wajah baharu yang lebih segar dan ceria! Dari pandangan pertama, jelas kelihatan perubahan besar pada wajah patung tersebut yang kini dihiasi dengan senyuman manis dan sepasang mata biru yang memukau.

Gerald Goh, individu yang bertanggungjawab terhadap transformasi ini, berkongsi visinya di media sosial. “Saya mahu ikon Kuching ini memiliki visi ‘True Blue’ untuk pembangunan segera Kuching dan Sarawak. Saya sangat menyukainya!” tulis beliau di Facebook.

Ikon Kuching Tampak Lebih Hidup, Kucing Padungan Kini Bermata Biru Raih Puji Netizen
Sumber: FB Gerald Goh

Patung Kucing Padungan Dapat Transformasi Tahun Baharu yang Menawan

Perubahan ini bukan sahaja menarik perhatian penduduk tempatan, malah mencetuskan perbualan hangat di kalangan netizen. Ada yang menyatakan bahawa mata biru tersebut memberikan jiwa baharu kepada patung kucing itu. “Ya, saya sangat kagum dengan mata biru itu. Ia membuat ikon kita kelihatan hidup. Kerja yang hebat! Terima kasih,” komen seorang pengguna Facebook.

Selain itu, patung ini juga kelihatan lebih segar dengan senyuman yang lebih jelas, melambangkan permulaan baharu bagi tahun ini. Kostum bunga-bungaan merah yang dikenakan adalah sebahagian daripada tradisi di mana kostum patung ini sering ditukar setiap kali perayaan. Baju merah kali ini adalah khas untuk menyambut Tahun Baru Cina, menambahkan sentuhan ceria, seolah-olah menyambut kedatangan pelawat dengan penuh mesra.

Bagi penduduk Kuching dan pelawat yang belum sempat menyaksikan perubahan ini, patung kucing di Padungan kini menjadi tarikan wajib untuk bergambar. Dengan latar belakang yang dipenuhi flora indah dan seni bina tradisional, ia adalah lokasi yang sempurna untuk melengkapkan lawatan anda ke bandar ini.

Tidak dinafikan, patung kucing ini terus menjadi simbol kebanggaan Kuching. Dengan nafas baharu ini, ia bukan sahaja sekadar patung, tetapi juga lambang kepada aspirasi dan harapan untuk masa depan yang lebih cerah bagi bandar ini.

Terima kasih Gerald Goh!

Nak tahu apa juga destinasi menarik menurut pelancong Brunei? Baca di bawah:

Ini Rating Destinasi Pelancongan Di Kuching Menurut Pelancong Brunei
Ini Kisah Latar Belakang Bagaimana Kuching Mendapat Nama
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Jambatan Batang Lassa Akan Dibuka Kepada Orang Ramai Dalam Beberapa Hari Lagi
Next Article Pemandu Kereta Mewah Cetus Kekecohan, Rempuh 7 Kenderaan Di Jalan Penrissen

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?