• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati

Oleh
Husna Hazmi
5 April 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Lapan daripada mangsa didapati hamil.

Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati. Gempar dengan berita seorang bekas guru dan juga pengasas sekolah tahfiz dijatuhkan hukuman mati atas tuduhan merogol 13 murid perempuan di bawah seliaannya.

Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati
Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati. Kredit gambar: Astro Awani

Sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup

Keputusan tersebut dibuat selepas pihak pendakwaan mengemukakan rayuan susulan tertuduh sebelum ini hanya dikenakan hukuman penjara seumur hidup.

Kes membabitkan Herry Wirawan berusia 36 tahun yang telah menggemparkan Indonesia malah negara luar yang lain juga telah mengetengahkan isu mengenai keperluan melindungi kanak-kanak daripada keganasan seksual di sekolah tahfiz.

Pada bulan Februari lalu, tertuduh telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup oleh Mahkamah di Bandung, sebelum pihak pendakwaan memfailkan rayuan memohon tertuduh dikenakan hukuman mati.

Rogol 13 Anak Murid, Guru Tahfiz Di Indonesia Dijatuhkan Hukuman Mati

Telah melakukan jenayah seksual terhadap 13 pelajar perempuan

Antara tahun 2016 dan 2021, Herry didakwa telah melakukan jenayah seksual terhadap 13 pelajar perempuan, yang berusia antara 12 dan 16 tahun. Lapan daripada mangsa juga didapati hamil, menurut penghakiman pada Februari lalu.

Bagaimanapun, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia membantah rayuan hukuman mati itu yang dianggap tidak bersesuaian.

Indonesia, sebagai negara berpenduduk Islam paling ramai di dunia, mempunyai puluhan ribu sekolah tahfiz berasrama dan sekolah agama lazimnya menjadi pilihan pelajar berkeluarga miskin untuk mendapatkan pendidikan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5,000 Kueh Tiaw Mengandungi Asid Benzoik, Syarikat Pengeluar Di Kuching Ini Dikenakan Denda RM5K
Next Article Keluarga Terkejut Kubur Di Bukit Aup Sibu Dipecah, Keranda Dibakar Dan Tulang Hilang

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?