• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Inovasi Makanan Nyonya, KV Keningau Juara Pertandingan Teknologi Makanan Peringkat Kebangsaan

Oleh
Nazihah AN
8 Julai 2024
Kongsi
2 Min Bacaan
Inovasi Makanan Nyonya, KV Keningau Juara Pertandingan Teknologi Makanan Peringkat Kebangsaan

KV Keningau Johan Pertandingan Inovasi Kategori Teknologi Makanan Peringkat Kebangsaan

Inovasi Makanan Nyonya, KV Keningau Juara Pertandingan Teknologi Makanan Peringkat Kebangsaan. Pasukan Seni Kulinari Kolej Vokasional (KV) Keningau telah berjaya meraih gelaran johan dalam kategori teknologi makanan di pertandingan Innovation Development Through Educational Activities 2024 (IDEA 24).

Pertandingan ini dianjurkan oleh Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, Pulau Pinang, dan berlangsung dari 6 hingga 7 Julai 2024. Pasukan KV Keningau membawa pulang trofi johan, wang tunai sebanyak RM1000, pingat emas, dan sijil pencapaian.

Inovasi Makanan Nyonya, KV Keningau Juara Pertandingan Teknologi Makanan Peringkat Kebangsaan

Patty Burger Nyonya Menang Anugerah Johan IDEA 24

Pasukan ini terdiri daripada seorang guru, Ibrahim Sa’min, serta tiga pelajar tahun dua berusia 17 tahun iaitu Thiery Christian Thomas, Carl David, dan Judd Ryan. Mereka mencipta patty burger berkonsepkan masakan masyarakat Nyonya sebagai usaha memperkenalkan makanan Barat yang disuntik dengan elemen budaya tempatan.

Ini bertujuan memelihara resipi tradisi memandangkan burger adalah pilihan makanan popular dalam kalangan rakyat Malaysia, terutamanya generasi muda.

Pasukan ini merupakan salah satu daripada 18 penyertaan yang terpilih sebagai finalis bagi pusingan akhir kategori murid sekolah dalam pertandingan tersebut yang terhad kepada 500 penyertaan sahaja. Majlis selama dua hari ini dirasmikan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, YB Adam Adli, yang turut melawat gerai pameran dan menyampaikan anugerah kepada para pemenang.

Ketua pasukan, Thiery Christian, mengucapkan terima kasih kepada pihak yang banyak membantu, terutamanya guru pembimbing mereka yang memberi dorongan dan bantuan.

Pengarah KV Keningau, Nordin bin Akup, turut berasa gembira dengan pencapaian tersebut kerana kejayaan ini boleh menjadi sumber inspirasi kepada pelajar lain untuk sentiasa meneroka idea baharu dan mencipta inovasi berdasarkan bidang vokasional yang dipelajari di kolej itu.

Baca juga artikel menarik di bawah:

Dari Sabah Ke Nebraska, Anak Jati Tawau Ini Suarakan Hak Pendidikan Di Amerika Syarikat
Getaran Vokal Taylor Louise, Penyanyi Cilik Dari Sarawak Gegarkan Pentas Di Amerika Syarikat
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article IPD Kuching Keluarkan 384 Saman Dalam Op Samseng Di Jalan Masja IPD Keluarkan 384 Saman Dalam Op Samseng Di Kuching
Next Article Pemain Sape Sibu, Stanford Ryan Sidi Menang Emas Di WCOPA Amerika Syarikat

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?