• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lachau Gawai Festival 2024 Bakal Dianjurkan Bermula 17 Mei Ini Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Oleh
Aina Musa
5 Mei 2024
Kongsi
3 Min Bacaan
Lachau Gawai Festival 2024 Bakal Dianjurkan Bermula 17 Mei Ini Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik

Bakal dianjurkan selama 3 minggu

Lachau Gawai Festival 2024 Bakal Dianjurkan Bermula 17 Mei Ini Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik. Pekan Lachau bakal melakar sejarah apabila dipilih sebagai lokasi penganjuran Lachau Gawai Festival 2024 bermula pada 17 Mei hingga 9 Jun di pekarangan pekan Lachau, Pantu di sini.

Residen Bahagian Sri Aman Abang Mohamad Porkan Abang Budiman berkata, program yang bakal berlangsung selama tiga minggu itu adalah anjuran Jawatankuasa Induk Lachau Gawai Festival 2024 yang terdiri daripada agensi kerajaan seperti Pejabat Residen dan Pejabat Daerah Sri Aman bersama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Begunan.

Lachau Gawai Festival 2024 Bakal Dianjurkan Bermula 17 Mei Ini Dengan Pelbagai Aktiviti Menarik. Sumber: Utusan Borneo

Beliau berkata, pelbagai aktiviti menarik disusun atur oleh jawatankuasa penganjur bagi memeriahkan program itu seperti Fun Fair, pentas hiburan dan jualan bermula 17 Mei hingga 9 Jun.

“Turut diadakan ialah majlis mini pelancaran Lachau Gawai Festival pada 21 Mei bermula jam 10 pagi,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Lachau Gawai Festival di sini Selasa lalu.

Menurutnya, Pekit Gendang Pampat akan diadakan pada 22 Mei bermula jam 10 pagi dan Pekit Pemanah Gagung diadakan pada 23 Mei juga bermula jam 10 pagi selain Battle Of The Band pada 24 Mei dan pertandingan karaoke pada 26 Mei masing-masing bermula jam 10 pagi.

Katanya, dua lagi acara diadakan pada 27 Mei iaitu Program Gotong-Royong Perdana serta Pekit Kumang dan Keling Anak Mit.

“Program Gotong-Royong Perdana diadakan jam 8 pagi manakala Pekit Kumang dan Keling Anak Mit diadakan jam 10 pagi di mana semua lokasi acara adalah di Pentas Utama Lachau Gawai Festival di pekan Lachau,” jelasnya.

Dalam pada itu katanya, tiga acara kemuncak diadakan pada 28 Mei iaitu Majlis Penangguhan Lachau Gawai Festival, Pekit Kumang dan pertunjukan bunga api jam 7 malam.

Justeru, masyarakat setempat di kawasan Lachau, Pantu, Sri Aman serta penduduk berdekatan adalah dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut.

“Lachau Gawai Festival yang diadakan di pekan Lachau adalah program julung kali diadakan di kawasan tersebut,” katanya.

Hadir sama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan Datuk Mong Dagang, ketua-ketua jabatan serta ketua-ketua masyarakat kawasan Lachau.

Baca lagi artikel menarik:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Brittany Goh, Remaja Labuan Bakal Muncul Dalam Rancangan TV Di China
Next Article Bakal Keluarkan Kenyataan, Syarikat Rakam Bekikis Bulu Betis Tanpa Kebenaran Mohon Maaf

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?