• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter

Oleh
ILB - AI
21 Ogos 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Racun kala jengking bukan sahaja berbisa, tapi bernilai.

Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter. Kala jengking ialah araknid berkaki lapan dengan ekor yang mempunyai sengat berbisa.

Walaupun kala jengking haiwan yang berbisa, tetapi hanya 25 spesis mempunyai bisa yang dapat membunuh manusia.

Namun, lain pula kisah apabila seorang lelaki Turki ini membuka sebuah ladang kala jengking bertujuan untuk mengumpul bisa yang dikatakan bernilai 10 Juta US dollar bersamaan RM44 Juta.

Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter
Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter. Kala jengking spesis Androctonus Turkiyensis. Kredit: Reuters

Terletak di Wilayah Sanliurfa Tenggara Turki, sebuah makmal pembiakan dipenuhi kotak lutsinar yang terkandung kala jengking sedia diambil racun untuk dijadikan sebagai ubat.

Hanya menggunakan sepasang penyepit, pekerja makmal mengeluarkan kala jengking dari kotak dan menyepit ekor kala jengking untuk memerah racun masuk ke dalam bekas.

https://www.youtube.com/watch?v=QW9bIb1rbWE
Proses mengambil racun kala jengking. Kredit: Youtube News Night

Racun tersebut kemudiannya dibekukan sebelum dijadikan serbuk untuk dijual

Pemilik ladang kala jengking, Metin Orenler berkata seekor kala jengking boleh menghasilkan kira-kira dua miligram racun dan makmal tersebut mampu memperoleh dua miligram racun setiap hari.

Ladang Orenler yang dibuka pada tahun 2020 kini mempunyai kira-kira 20,000 kala jengking spesis Androctonus Turkiyensis.

Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter
Makmal kala jengking milik Metin Orenler. Kredit: Reuters

Katanya dia biak dan kumpul sendiri racun kala jengking itu, lalu racun yang diperoleh akan dibekukan kemudian dijadikan menjadi serbuk dan menjualnya ke eropah.

Racun kala jengking yang dieksport ke Perancis, United Kingdom, Jerman dan Switzerland itu bertujuan untuk menghasilkan kosmetik, ubat penahan sakit dan antibiotik.

Ladang Kala Jengking Di Turki Ini Kumpul Racun Araknid Bernilai RM44 Juta Seliter
Gambar hiasan

Sememangnya racun kala jengking ini amat bernilai dan semakin mendapat permintaan khasnya dalam bidang perubatan.

Di Malaysia juga dilihat ramai yang membela kala jengking tetapi bukan sebagai tujuan pembiakan untuk mengumpul racun, tetapi sebagai binatang peliharaan sahaja.

Lagi cerita menarik anda boleh baca di sini:

Padah Buat Aksi Wheelie, Remaja Ditahan Dalam Operasi Di Sibu
Anak Pakar Sains Politik Rusia Maut, Kereta Dipercayai Meletup Dibom
SUMBER :Reuters
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Anak Pakar Sains Politik Rusia Maut, Kereta Dipercayai Meletup Dibom
Next Article Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?