Ghairah lakukan aksi merbahaya akhirnya ditahan polis.
Padah Buat Aksi Wheelie, Remaja Ditahan Dalam Operasi Di Sibu. Ghairah melakukan aksi berbahaya ‘wheelie’ dengan mengangkat tayar hadapan motosikal yang ditungganginya, seorang pemuda berumur 22 tahun ditahan.
Tangkapan telah dilakukan oleh pegawai dan anggota dari Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sibu dalam Ops Samseng Jalanan semalam.
Menurut kenyataan daripada IPD Sibu, Ops Samseng Jalanan itu dijalankan di Jalan Awang Ramli Amit dan Jalan Tun Abang Haji Openg sekitar jam 8 malam hingga jam 12 tengah malam.
Sebanyak 11 keping saman Polis 257 telah dikeluarkan atas pelbagai kesalahan, antaranya tiada lesen memandu, tiada cermin sisi dan ubah suai ekzos,”
katanya dalam satu catatan di laman sosial rasminya hari ini.Suspek telah pun ditahan untuk disiasat
Mengenai pemuda terbabit jelasnya, suspek telah dibawa ke Balai Trafik Sibu untuk tindakan lanjut.
Kesalahan disiasat di bawah Seksyen 42 (1) APJ 1897 dan jika di sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak melebihi lima tahun dan didenda tidak kurang daripada RM5,000 dan tidak melebihi RM15,000,” katanya.
Sementara itu, operasi itu turut menahan lima lagi motosikal yang disita di bawah Seksyen 64 APJ 1987.
Orang ramai diseru untuk memaklumkan masalah samseng jalanan kepada pihak BSPT
IPD Sibu turut menasihati orang ramai agar tidak sesekali melakukan aksi berbahaya di atas jalan raya yang boleh membahayakan nyawa sendiri dan orang lain.
“Maklumat berkaitan samseng jalanan boleh juga disalurkan kepada pihak BSPT Sibu bagi sama-sama mengekang kegiatan ini.
Sehubungan itu, beliau turut menasihatkan orang awam supaya mematuhi undang-undang jalan raya dan menyarankan para ibu bapa memantau dan peka dengan aktiviti anak-anak mereka agar tidak terlibat dalam kegiatan yang menyalahi undang-undang.
“Kerjasama orang ramai sangat dialu-alukan,” tambahnya.
