Setakat ini ‘Selsema Tomato’ ini tidak mempunyai penawar.
Setelah Covid Bermaharajalela, Kini Selesema Tomato Pula Dikhuatiri Menular. Pakar perubatan telah mengeluarkan amaran mengenai virus baharu yang diberikan nama ‘selsema tomato’ setelah penyakit ini menjangkiti 82 orang kanak-kanak di India setakat ini.
Selsema Tomato ini dipercayai merupakan penyakit tangan, kaki dan mulut variasi baharu dan kebanyakan kes telah dikesan di daerah Kerata dan Odisha, India. Ia diberi nama Selsema Tomato kerana lepuh merah yang tang muncul pada kulit individu yang dijangkiti.
Jangkitan pertama kali dilaporkan di India
Jangkitan ini pertama kali dilaporkan di Kollam, India serta kebanyakkannya melibatkan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah.
Seiring dengan kemungkinan kemunculan gelombang keempat COVID-19, virus baharu yang dikenali sebagai ‘selesema tomato’ atau ‘demam tomato’ telah muncul di negeri Kerala, India yang melibatkan kanak-kanak di bawah umur lima tahun,” menurut laporan menerusi Lancet Respiratory Journal.
Menurut laporan, penyakit berjangkit tersebut adalah disebabkan oleh virus usus dan jarang berlaku pada individu dewasa kerana mereka biasanya mempunyai sistem imun yang cukup kuat untuk mempertahankan diri daripada virus.
Antara gejala bagi selsema Tomato ini adalah demam panas, sakit badan, bengkak sendi dan juga keletihan sama seperti gejala Chikugunya.
Sesetengah pesakit juga ada mengalami loya
Sesetengah pesakit juga ada mengalami loya, muntah, cirit-birit, demam, dehidrasi dan juga sakit badan.
Setakat ini, antara kawasan lain yang terjejas di Kerala adalah, Anchal, Aryankavu dan Neduvathur. Lancet Respiratory Journal juga turut melaporkan bahawa kemunculan jangkitan baharu ini telah mencetus amaran di negeri jiran iaitu di Tamil Nadu dan Karnataka.
Pakar Kesihatan juga mengatakan bahawa Selsema Tomato ini tidak mempunyai penawar yang khusus untuk merawatnya. Jangkitan ini juga merebak dengan pantas membuatkan pakar kesihatan mengeluarkan amaran kepada orang ramai.
Di samping itu, pakar kesihatan juga mengatakan bahawa ia adalah penyakit yang tiada ubat khusus untuk merawatnya dan memberi amaran bahawa jangkitan itu merebak dengan sangat pantas.