• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lagi Kes Dera, Budak 6 Tahun Lari Rumah Tak Tahan Dipukul Bapa Kandung Dan Ibu Tiri

Oleh
Husna Hazmi
14 September 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Kanak-kanak tersebut mengalami kecederaan di seluruh badan akibat didera.

Lagi Kes Dera, Budak 6 Tahun Lari Rumah Tak Tahan Dipukul Bapa Kandung Dan Ibu Tiri. Dilaporkan bahawa sepasang suami isteri telah ditahan pihak polis setelah didakwa mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di Bahau di daerah Jempol, Negeri Sembilan.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintenden Hoo Chang Hook, suspek yang merupakan bapa dan ibu tiri mangsa ditahan pada Selasa dan direman tujuh hari.

Lagi Kes Dera, Budak 6 Tahun Lari Rumah Tak Tahan Dipukul Bapa Kandung Dan Ibu Tiri
Lagi Kes Dera, Budak 6 Tahun Lari Rumah Tak Tahan Dipukul Bapa Kandung Dan Ibu Tiri

Kami menerima maklumat daripada orang ramai bahawa seorang budak lelaki telah melarikan diri dari rumah dan mengambil keputusan untuk membuat siasatan.

“Polis kemudian menemui budak lelaki itu yang mengalami kecederaan di seluruh badan dan membawanya ke Hospital Jempol untuk rawatan,” katanya.

Hoo berkata pemeriksaan perubatan ke atas budak lelaki itu menunjukkan terdapat kesan parut dan kecederaan lama.

Siasatan awal mendapati mangsa didera sejak Mac lalu.

Mangsa dipercayai dipukul ibu tiri dan bapa kandung dengan menggunakan tangan, ditendang serta dirotan menggunakan senduk kayu.

“Mangsa kemudian dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) di Kuala Pilah untuk rawatan lanjut,” katanya.

Lagi Kes Dera, Budak 6 Tahun Lari Rumah Tak Tahan Dipukul Bapa Kandung Dan Ibu Tiri

Kanak-kanak tersebut merupakan anak sulung

Beliau berkata bapa kanak-kanak berusia 27 tahun itu bekerja di kilang papan manakala ibu tirinya yang berusia 31 tahun merupakan seorang suri rumah.

Kanak-kanak itu merupakan anak sulung daripada empat beradik dan dipercayai hanya dia seorang sahaja diperlakukan sebegitu rupa.

Kes ini disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Di media sosial pula tular video kanak-kanak berkenaan mengadu dengan gurunya tentang nasib yang dialami di mana dia didera oleh orang tuanya sendiri.

https://www.tiktok.com/@ragam.manusia/video/7278209948192902402

Lagi berita terkini untuk anda di sini:

Warga Emas Rayu Peluang Kedua Lepas Lakukan Amang Seksual Pada Anak Bawah Umur
Remaja Lelaki Diliwat, Dikurung Selepas ‘Diumpan’ Bantuan Cari Kerja
SUMBER :Kosmo
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Minta Makan Daging Babi Dan Bapa Benarkan Anak Murtad, Filem Ini Diharamkan Di Malaysia
Next Article Bikin Netizen Berdekah, Individu Mahu Swap Casing Telefon Bimbit Tandatangan Tengku Hassanal

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?