Membuka peluang pekerjaan baharu dan memudahkan untuk peniaga kecil di Kuching, Sarawak
Lalamove Kini Lancar Operasi Pertamanya Di Sarawak. Syarikat penghantaran terkemuka, Lalamove, kini mengembangkan operasinya ke Kuching, Sarawak, menandakan langkah pertamanya memasuki pasaran di Malaysia Timur.
Pelancaran rasmi pada 20 Mei 2024 menjanjikan revolusi dalam landskap penghantaran di Kuching dengan perkhidmatan yang cepat, mudah, dan berpatutan.

Lalamove Kini Lancar Operasi Pertamanya Di Sarawak
Aplikasi mesra pengguna Lalamove menghubungkan pelanggan dengan rangkaian pemandu, membolehkan penghantaran pelbagai jenis barangan, daripada barang peribadi kecil hingga barangan pukal perniagaan, hanya dengan beberapa klik.
Ciri seperti penjejakan masa nyata, penghantaran berbilang perhentian, harga telus, dan penjadualan pesanan seawal 30 hari menjadikan Lalamove pilihan menarik untuk penduduk Sarawak.
Pada peringkat permulaan, penduduk Kuching dapat mengakses perkhidmatan penghantaran kereta dan kenderaan pacuan empat roda di dalam bandar.
Pelbagai jenis kenderaan untuk penghantaran akan disediakan di Kuching, Sarawak tidak lama lagi, termasuk perkhidmatan penghantaran jarak jauh dari Kuching ke bahagian lain di Sarawak.
Jane Teh, Pengarah Urusan Lalamove Malaysia, menyatakan bahawa pengembangan ini sejajar dengan rancangan kerajaan Sarawak untuk bekerjasama dengan rakan strategik demi manfaat rakyat.
“Kami berhasrat untuk meningkatkan kecekapan penghantaran tempatan, menyokong pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan peluang pendapatan tambahan untuk rakyat Sarawak,” kata Jane.
Kehadiran syarikat penghantaran ini dijangka memberi manfaat ketara kepada Kuching, terutamanya dengan peningkatan permintaan untuk perkhidmatan atas permintaan.
Pelanggan dapat menikmati penghantaran yang pantas dan berpatutan di Kuching, manakala perniagaan pula dapat memanfaatkan logistik hari yang sama untuk memenuhi permintaan e-dagang.
Melalui perkembangan ini, mereka berharap dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi Sarawak dalam usaha negeri itu untuk mencapai sasaran RM282 bilion menjelang 2030.
Selain itu, syarikat ini turut menawarkan peluang kepada rakyat Sarawak untuk menjadi rakan pemandu sambilan dengan slogan “Jadi Bos Anda Sendiri”. Warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas yang berminat menjadi rakan pemandu di Kuching dan mempunyai lesen yang sah boleh mendaftar melalui aplikasi Lalamove Driver.
