• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Joseph Ladi Rangkul Emas, 6 Atlet Bina Badan Sarawak Bawa Cabaran Harumkan Malaysia Di Laos

Oleh
Farisha
20 Mei 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Atlet Malaysia berjaya bawa pulang 1 pingat emas, 1 pingat perak, dan 2 pingat gangsa di kejohanan bina badan 18th South East Asian bodybuilding & physique sports championship 2024

Joseph Ladi Rangkul Emas, 6 Atlet Bina Badan Sarawak Bawa Cabaran Harumkan Malaysia Di Laos. Pasukan bina badan negara mengharumkan nama Malaysia dengan meraih beberapa pingat di Kejohanan Bina Badan dan Sukan Fizikal Asia Tenggara ke-18 yang berlangsung dari 16 hingga 20 Mei 2024 di Vientiane, Laos.

Dalam aksi gemilang, Joseph Anak Ladi meraih pingat emas dalam kategori 65kg Bantam weight, meletakkan Malaysia di tangga teratas. Mohd Faizal B. Mohd Rashid turut menyumbang kepada pungutan pingat negara dengan meraih pingat perak dalam kategori Men sport physique up to 165cm.

Joseph Ladi Rangkul Emas, 6 Atlet Bina Badan Sarawak Bawa Cabaran Harumkan Malaysia Di Laos
Joseph Ladi Rangkul Emas, 6 Atlet Bina Badan Sarawak Bawa Cabaran Harumkan Malaysia Di Laos

Selain itu, dua lagi atlet negara, Mohd Hamiruddin B. Haron dan Awang Mohd Azizul B. Ghani, masing-masing meraih pingat gangsa dalam kategori 55kg lightly weight dan 75kg welter weight.

Atlet lain menduduki tempat keempat dan kelima

Walaupun tidak berjaya meraih pingat, beberapa atlet lain turut memberikan persembahan yang memberangsangkan dengan menduduki tempat kelima dalam kategori masing-masing – Amin Rasuad (70kg light weight), Mohammad Isham B. Asmi (80kg light middle weight), Siti Hadjar Binti Mansor Awang Hitam (women athletic physique) dan Aflisahyir Bin Ali (Men athletic physique up to 167cm).

Selain itu, 6 atlet bina badan tersebut berasal dari Sarawak

Untuk makluman, kejohanan tersebut diwakili oleh 6 atlet bina badan dari Sarawak iaitu Joseph anak Ladi, Awang Mohd Azizul Bin Ghani, Siti Hadjar Bin Mansor Awang Hitam, Aflisahyir Bin Ali dan Asrul Bin Asmat Sefri.

Kejayaan ini membuktikan kemampuan atlet-atlet bina badan negara untuk bersaing di peringkat antarabangsa. Ia juga merupakan hasil usaha gigih mereka dalam latihan dan persediaan yang teliti. Tahniah diucapkan kepada semua atlet atas pencapaian cemerlang ini.

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lalamove Kini Lancar Operasi Pertamanya Di Sarawak Lalamove Kini Lancar Operasi Pertamanya Di Sarawak
Next Article Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu Penunggang Motosikal Maut Gara-Gara Rempuh Hilux Buat U-Turn Haram Di Bintulu

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?