Manchar Tengah dikenali sebagai Majestic Waterfall
Digelar Manchar Tengah, Keindahan Air Terjun Di Lundu Ini Pasti Buat Anda Terpegun. Pasir Ulu Waterfall atau disebut secara peribadi sebagai Majestic Waterfall oleh pengguna Facebook, Bonnie Joseph, ini merupakan air terjun yang belum diketahui ramai di Sarawak. Air terjun ini juga dikenali sebagai ‘Manchar Tengah’ atau ‘Mancha Babur’ oleh orang tempatan.
Hidden gem ini terletak di kawasan perkampungan di Kampung Pasir Ulu Biawak, Lundu. Bagi anda yang masih tidak tahu di mana tempatnya hidden gem ini, anda boleh masuk simpang Kampung Biawak di Lundu. Jambatan ke-3 dari simpang tersebut anda akan jumpa papan tanda Kampung Pasir Ulu.
Bagaimana perjalanan ke hidden gem?
Kalau sesat, anda boleh tanyakan penduduk di sana. Jangan risau! Mereka semua peramah orangnya.
Untuk bayaran masuk, hanya RM35 /orang termasuk pemandu tempatan yang mesra dan serba tahu! Dari kaunter pendaftaran hingga ke empangan mengambil masa lebih kurang 30 minit dan jalan separuh tar. Berhati-hati ketika jalan sebab kecerunannya boleh tahan. Jadi, jalan perlahan ya..
Bagi anda yang ingin membawa bekal dari rumah, dinasihatkan bawa makan yang sudah siap sedia untuk dimakan untuk mengelakkan lebihan/ sampah di tempat tersebut. Bersama kita membantu penduduk tempatan untuk memelihara alam semula jadi.
Dan perjalanan dari empangan ke ‘Manchar Tengah’ pula anda akan hiking dan jungle trekking lebih kurang 1 jam sehala tak termasuk berhenti untuk rehat dan posing untuk kamera hehehe..
Di empangan, anda tidak dibenarkan mandi atau berenang
Perhentian pertama, anda akan berhenti sekejap di mini dam. Mini dam atau empangan air ini adalah sumber bekalan air bersih untuk penduduk kampung sekitarnya. Jadi, aktiviti renang dan mandi di dalam dam tersebut tidak dibenarkan.
Sepanjang perjalanan ke air terjun tersebut, anda akan diiringi dengan beberapa anak sungai dan bunyi air sungai. Tak perlu bekal earphone dah, cukup dengan background muzik alam semula jadi.
Sampai di atas Manchar Tengah Waterfall, anda bolehlah sedia stand kamera, baju hujan atau baju lebih. Di sana, memang confirm anda akan basah dengan percikan air terjun, memang best!
Bagi anda yang ingin ke sana dan mencari pemandu tempatan, Bonny Joseph mengesyorkan untuk hubungi guide yang telah membantu mereka sepanjang perjalanan. Cikgu Taipin 013-8179927.