• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Langgar SOP Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan

Oleh
Husna Hazmi
12 Oktober 2020
Kongsi
3 Min Bacaan

Pengawal keselamatan yang bertindak menegur lelaki yang melanggar SOP ditumbuk.

Langgar SOP Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan. Seorang lelaki telah ditahan kerana menumbuk seorang pengawal keselamatan yang hanya mengarahkan mereka mencatit nama dan mengambil bacaan suhu sebelum masuk ke Pasar Sentral Sibu pada Sabtu lepas.

Isi Isi Penting
  • Pengawal keselamatan yang bertindak menegur lelaki yang melanggar SOP ditumbuk.
  • Tidak mencatit nama dan bacaan suhu
  • Suspek berada di bawah pengaruh alkohol
  • Tumbuk pengawal keselamatan kemudian larikan diri

Seorang suspek telah ditahan sekitar jam 11.45 pagi manakala lagi seorang sedang dijejaki, kata ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit.

Langgar SOP, Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan
Langgar SOP, Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan

Tidak mencatit nama dan bacaan suhu

Mangsa yang ditumbuk berusia 31 tahun telah menegur tindakan kedua-dua suspek kerana tidak mencatit nama dan bacaan suhu mereka di buku daftar yang disediakan.

Seorang suspek bertindak menumbuk mangsa manakala seorang lagi bertindak menahan mangsa dengan cara memeluk, kata ACP Stanley Jonathan Ringgit dalam satu kenyataannya semalam.

Jelas beliau lagi, mangsa semasa kejadian bersama rakan setugasnya untuk memantau orang ramai yang memasuki pasar tersebut bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi.

Langgar SOP, Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan

Suspek berada di bawah pengaruh alkohol

Kedua-dua suspek tersebut yang berada dalam keadaan di bawah pengaruh alkohol, datang menuju ke arah meja tempat mangsa bertugas untuk menulis nama dan kedua-dua suspek tersebut tidak memakai pelitup muka.

Pengawal keselamatan tersebut telah menegur tindakan mereka yang telah memotong baris, tidak mencatit nama dengan betul, tidak mengambil suhu badan dan juga tidak memakai pelitup muka itu. Kedua-dua suspek tersebut kemudiannya dibawa keluar.

Setelah pengawal keselamatan tersebut membawa mereka keluar lebih kurang 10 meter daripada laluan masuk pintu 1, rakan setugas pengadu pula menunggu di laluan Pintu 1 sambil menghubungi pengawal keselamatan lain untuk bantuan, kata ACP Stanley Jonathan.

Menurutnya, telah berlaku pertengkaran mulut di antara pengawal keselamatan dengan salah seorang suspek manakala seorang lagi suspek berlegar-legar di belakang pengadu. 

Langgar SOP, Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan

Tumbuk pengawal keselamatan kemudian larikan diri

Tambahnya lagi, tiba-tiba pengadu terasa ditumbuk di bahagian belakang kepala dari arah belakang, suspek yang bertengkar dengan pengadu terus memeluk pengadu dan pada masa sama, seorang lagi rakan suspek menumbuk sekali lagi di bahagian kepala sebelah kanan mangsa.

Suspek yang menumbuk mangsa terus melarikan diri tetapi berjaya ditangkap di seberang jalan oleh orang ramai. Seorang lagi suspek pula telah menghilangkan diri selepas kejadian tersebut.

Stanley memberitahu, polis telah membawa suspek untuk mengesan rakannya yang masih bebas di sebuah rumah di Lorong Rambutan di sini namun suspek tiada di rumah. 

Menurut beliau, suspek juga cuba dikesan di kawasan Pintu Gerbang Sibu dan difahamkan masih bebas.

Suspek akan direman hari ini. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan melanggar Peraturan 3 Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPPB) (No.7) 2020,” tambahnya.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kajian Menunjukkan SARS-CoV-2 Boleh Bertahan Selama 28 Hari Atas Permukaan Kajian Menunjukkan SARS-CoV-2 Boleh Bertahan Selama 28 Hari Atas Permukaan
Next Article TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?