• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt

Oleh
ILB - AI
12 Oktober 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt

Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)

TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt. Dalam siaran langsungnya hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri mengumumkan bahawa seluruh Sabah akan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula pada tengah malam 13 Oktober hingga 26 Oktober ini. Sementara itu, Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya akan dikenakan PKPB mulai 14 Oktober ini.

Isi Isi Penting
  • Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB)
  • 4 daerah di Sabah telah dikenakan TEMCO sebelum ini
  • Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan dikenakan PKPB
  • Pas diperlukan untuk merentas daerah

Perkara ini diumumkan susulan jumlah kes positif yang naik mendadak semenjak kebelakangan ini.

TERKINI: PKPB Dilaksanakan Di Seluruh Sabah Mulai 13 Okt, KL Dan Selangor Mulai 14 Okt

4 daerah di Sabah telah dikenakan TEMCO sebelum ini

Sebelum ini, beberapa daerah di Sabah telah dikenakan Targeted Enhanced Movement Control Order (TEMCO) dari 29 September hingga 12 Oktober, iaitu daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna. TEMCO ini telah dilanjutkan hingga 25 Oktober 2020.

Semasa tempoh tersebut, semua perniagaan kecuali perkhidmatan penting (essential services) diarahkan tutup.

Pada 6 Oktober, ia telah dilaporkan bahawa Sabah telah menutup sempadan mereka dan hanya warga Sabah sahaja dibenarkan masuk.

4 daerah di Sabah kini di bawah pelaksanaan TEMCO hingga 25 Oktober 2020 manakala seluruh Sabah akan dikenakan PKPB mulai 13 Oktober 2020.

Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya juga akan dikenakan PKPB

Sementara itu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob juga menyatakan bahawa PKPB akan dilaksanakan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mulai tengah malam 14 hingga 27 Oktober ini.

Hal ini berikutan kes Covid-19 yang juga naik secara mendadak sejak kebelakangan ini.

Keputusan tersebut dibuat setelah mendengar nasihat daripada Kementerian Kesihatan (KKM) dan ia mengambil kira peningkatan dan penularan kes yang berlaku, termasuk di Klang dan Petaling, selain pertambahan jangkitan di Gombak serta daerah lain.

Berikutan penguatkuasaan PKPB, pergerakan keluar masuk atau merentas daerah tidak dibenarkan.

Selangor, KL, dan Putrajaya akan dikenakan PKPB bermula 14 Oktober.

Pas diperlukan untuk merentas daerah

Bagi pekerja yang dikehendaki merentas daerah untuk urusan kerja, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan. Selain itu, hanya dua orang sahaja dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan.

Sehubungan dengan itu, semua sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, TADIKA, TASKA, pusat tahfiz, taman awam dan pusat rekreasi akan ditutup.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Langgar SOP Lelaki Mabuk Bertindak Menumbuk Pengawal Keselamatan
Next Article Bakal Terima Vaksin COVID-19 Dari China, Malaysia Disenaraikan Penerima Utama Bakal Terima Vaksin COVID-19 Dari China, Malaysia Disenaraikan Penerima Utama

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?