I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau

Kedung BK 17 Mei 2021
Kongsi
4 Min Bacaan
Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau
Kongsi

Sarawak mencatatkan 433 kes baharu hari ini

Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau. Menurut kenyataan media Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) terkini, dilaporkan bahawa sejumlah 433 kes telah dicatatkan hari ini di Sarawak, dengan 268 daripada jumlah kes dikesan di Daerah Miri, Kapit, Sibu, Kuching dan Belaga.

58 kes dilapor menunjukkan tanda dan mengalami gejala jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

Peningkatan ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 38,816 kes.

Sementara itu, tiga kluster baharu telah dilaporkan masing-masing satu di Daerah Kuching, Lundu dan Bau. Dua daripada kluster baharu ini melibatkan kluster komuniti.

Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau

Kluster Jalan Jambusan – melibatkan satu kluster komuniti

Menurut laporan, Kluster Jalan Jambusan didapati berpunca dari satu perhimpunan keluarga sempena sambutan Hari Ibu. Perhimpunan berkenaan diadakan di sebuah premis kediaman di Jalan Jambusan di Daerah Bau.

Seramai 26 ahli keluarga dari Kuching dan Bau didapati menghadiri perhimpunan tersebut.

Gambar sekadar hiasan.

Daripada 50 individu yang disaring, 17 kes telah dikesan positif termasuk kes indeks, 26 didapati negatif dan 7 kes masih menunggu keputusan makmal.

Kesemua kes positif Covid-19 telah dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dan dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Risiko Rendah (PKRC) di Kuching dan Bau bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kluster Jalan Sultan Tengah – melibatkan pekerja sebuah pusat peranginan

Di samping itu, kluster kedua yang dikesan melibatkan pekerja sebuah pusat peranginan di Jalan Sultan Tengah, Santubong, Kuching.

Sejumlah 27 individu telah disaring di mana 6 kes dikesan positif termasuk kes indeks (melibatkan 2 orang bukan warganegara) dan 21 didapati negatif.

Kesemua kes positif telah dirujuk ke HUS dan dimasukkan ke PKRC di Kuching bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Kluster Stunggang Melayu – melibatkan satu kluster komuniti

Kluster ini juga merupakan sebuah kluster komuniti yang dikesan di Kampung Stunggang Melayu, Lundu. Sejumlah 121 individu telah disaring di mana 8 kes dikesan positif termasuk kes indeks.

Baki 113 kes didapati negatif.

Kesemua kes positif telah dirujuk ke HUS dan dimasukkan ke PKRC di Lundu bagi tujuan pengasingan dan rawatan lanjut.

Satu kes kematian dilaporkan

Hari ini terdapat satu kes kematian baharu, menjadikan jumlah kematian akibat Covid-19 meningkat seramai 225 orang.

Flatline Heart Beat GIF - Flatline HeartBeat Dead GIFs
Kredit: Tenor

Kes adalah kes ke-31,989 berumur 70 tahun yang telah ditempatkan di PKRC di Sibu apabila disahkan positif pada 29 April lalu menerusi saringan kontak rapat.

Kes tidak mempunyai gejala pada ketika itu dan dibenarkan pulan dalam keadaan sihat untuk meneruskan baki kuarantin di rumah.

Namun, kes mulai mengalami sesak nafas ketika menerima rawatan susulan di Klinik Kesihatan, Tatau dan terus dirujuk ke Hospital Bintulu. Keadaan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 15 Mei. Kes mempunyai ko-morbid penyakit darah tinggi dan gout.

Takziah diucapkan kepada semua ahli keluarga mangsa.

Status warna daerah yang bertukar

Daerah Marudi telah kembali ke status hijau setelah tiada kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari. Daerah ini menjadikan jumlah daerah status hijau di Sarawak menjadi lima.

Sementara itu, Daerah Julau kembali ke status kuning daripada status jingga selepas mencatatkan 17 kes jangkitan sahaja dalam tempoh 14 hari yang lepas. Daerah ini menjadikan jumlah daerah status jingga menjadi satu dan menambahkan jumlah daerah status kuning menjadi lapan.

Kredit: JPBNS

26 daerah kekal berstatus merah pada masa ini.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Bakal Terima Vaksin Astra Zeneca, Tawaran Kedua Dibuka Mulai 23 Mei
Next Article Guru Inspirasi Anak Jati Sarawak Dianugerahkan RISE Educator Award 2021

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?