• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sarawak Bakal Terima Vaksin Astra Zeneca, Tawaran Kedua Dibuka Mulai 23 Mei

Oleh
Ismail NA
17 Mei 2021
Kongsi
3 Min Bacaan

Pendaftaran secara sukarela ini akan diutamakan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas terlebih dahulu.

Sarawak Bakal Terima Vaksin Astra Zeneca, Tawaran Kedua Dibuka Mulai 23 Mei. Setelah beberapa minggu berteka-teki akan status pemberian vaksin Astra Zeneca (AZ) di Sarawak, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin hari ini akhirnya memberi kenyataan yang memberi seribu satu kelegaan buat rakyat di negeri ini.

Isi Isi Penting
  • Pendaftaran secara sukarela ini akan diutamakan kepada golongan berusia 60 tahun ke atas terlebih dahulu.
  • Pusingan U Sarawak memandangkan banyak kawasan kini zon merah
  • Kerajaan akan bincang dengan Jabatan Kesihatan Sarawak, JPBNS umum keputusan esok
  • Baca juga artikel berkaitan :

Menerusi ciapan terkininya di laman Twitter, Khairy memberitahu bahawa pendaftaran secara sukarela untuk suntikan vaksin AZ ini akan dibuka semula mulai 23 Mei ini dan tawaran ini akan diperluaskan ke negeri yang mempunyai majoriti zon merah dan kes jangkitan yang tinggi seperti Pulau Pinang, Johor, Sarawak dan Lembah Klang.

Pemberian untuk pusingan kedua ini diutamakan untuk warga emas berusia 60 tahun ke atas. Tempahan vaksin akan dilakukan secara dalam talian (laman sesawang), ataupun melalui pendaftaran di klinik komuniti yang berdekatan. Perluasan vaksin AZ ini juga akan dilaksanakan secara penghantaran terus ke rumah penjagaan orang tua bagi memudahkan prosedur imunisasi.

Sarawak Bakal Terima Vaksin Astra Zeneca, Tawaran Kedua Dibuka Mulai 23 Mei. Sumber : Twitter @Khairykj

Pusingan U Sarawak memandangkan banyak kawasan kini zon merah

Namun, perkara yang menarik perhatian adalah tawaran vaksin sukarela AZ ini juga turut ditawarkan di Sarawak memandangkan Sarawak beberapa minggu yang lalu menolak penggunaan vaksin ini.

Penolakan ini dimaklumkan oleh ADUN Batu Kawa, Dr Sim Kui Hian yang menyatakan bahawa sesiapa yang ingin mendapatkan vaksin ini secara sukarela haruslah mendapatkannya di Selangor ataupun Kuala Lumpur dan bukannya di Sarawak. Keputusan ini ditempelak oleh beberapa pemimpin tempatan Sarawak yang menggesa agar Sarawak mempertimbangkan semula penggunaan vaksin ini bagi mempercepatkan program vaksinasi di negeri ini.

Walau bagaimanapun, sejurus selepas itu, kerajaan persekutuan masih optimis dan masih membuka peluang untuk Sarawak menerima vaksin ini sekiranya kerajaan Sarawak berubah fikiran. Menerusi kenyataan Khairy ini, Sarawak nampaknya mempertimbangkan kembali keputusan ini.

Kerajaan akan bincang dengan Jabatan Kesihatan Sarawak, JPBNS umum keputusan esok

Khairy turut memberitahu bahawa Sarawak telah bersetuju untuk menggunakan vaksin ini secara sukarela. Langkah seterusnya adalah berhubung dengan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak tentang kaedah pelaksanaan yang terbaik di Sarawak. Beliau berkata demikian semasa sidang media mingguan bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Adham Baba secara dalam talian pada Isnin.

Walau bagaimanapun, Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), Douglas Uggah Embas memberitahu media tempatan bahawa keputusan Sarawak berkenaan penggunaan vaksin tersebut akan diumumkan esok.

Baca juga artikel berkaitan :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Terpaksa Jadi Kanibal Untuk Terus Hidup, Ini Kisah Mangsa Terselamat Nahas Pesawat Andes 1972
Next Article Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau Langgar SOP Untuk Sambut Hari Ibu, Kluster Baru Dikesan Di Jalan Jambusan Bau

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?