Walaupun pelbagai cabaran dan rintangan yang dihadapi, Cikgu Nazmi tetap cekal mendidik anak muridnya.
Guru Inspirasi Anak Jati Sarawak Dianugerahkan RISE Educator Award 2021. Kata-kata cacian seperti “Mereka takkan jadi apa-apa” telah dilemparkan kepada anak-anak di kawasan kampung pedalaman di Sarawak, cikgu Muhammad Nazmi bin Rosli tidak pernah berputus asa walaupun dengan diskriminasi terhadap pelajarnya kerana perkembangan akademik mereka yang tidak seberapa, beliau tetap mencurahkan jiwanya untuk mengajar mereka, mengambil inspirasi daripada oleh Profesor Marvel Charles Francis Xavier (Profesor X).

Memenangi Anugerah RISE Educator dan Anugerah RISE Educator 2021
Usaha beliau akhirnya telah membuahkan hasil apabila dia berjaya memenangi Anugerah RISE Educator, yang dipilih melalui undian orang awam, dan Anugerah RISE Educator 2021, yang telah diberikan oleh panel hakim.
Bersempena dengan Hari Guru, Taylor’s College dan The Risers telah melancarkan Anugerah RISE Educator untuk meraikan guru yang telah memberi impak besar kepada kehidupan pelajar di Malaysia. Anugerah ini membolehkan ibu bapa dan para pelajar untuk mencalonkan guru yang telah memberi inspirasi kepada mereka.
Terdapat seorang ibu kepada murid di sekolah lamanya di Kampung Long Sukang, Lawas iaitu Jenny Bulan Gelawat, sanggup menempuh perjalanan lebih dari tiga jam dari Kampung Long Sukang ke bandar terdekat untuk mendapatkan sambungan Internet semata-mata kerana ingin mencalonkan Muhammad Nazmi untuk Anugerah tersebut.
Muhammad Nazmi (aka Cikgu Nazmi) dari SK Luagan, Lawas, yang sebelum ini pernah menjadi guru di SK Long Sukang selama empat tahun, mendedahkan bahawa anak-anak dari kampung-kampung luar bandar Sarawak, tidak terdedah dari dunia luar dan bandar terdekat di kawasan mereka pula terletak kira-kira empat jam perjalanan melalui jalan balak, jauh ketinggalan di belakang rakan bandar mereka.
Ramai yang memandang anak-anak ini sebagai ‘tiada harapan’
“Pada hari pertama saya di SK Long Sukang, saya mengajar mereka mengenai urus niaga wang, tetapi saya menyedari anak-anak di sana tidak pernah melihat mesin ATM. Mereka juga menghadapi masalah menulis karangan. Kadang-kadang soalan peperiksaan meminta agar mereka membicarakan pengalaman mereka pergi ke pantai atau berada di kapal terbang, tetapi mereka tidak pernah ke pantai atau menaiki kapal terbang! ” kata Cikgu Nazmi.
“Memandangkan kawasan kampung mereka dikelilingi hutan, tanpa sambungan Internet, elektrik yang dijamin dan liputan yang buruk, dia mendedahkan bahawa para guru hilang motivasi kerana mereka tidak dapat menghubungi orang tersayang atau masyarakat luar. Selain itu, ramai yang memandang anak-anak ini sebagai ‘tiada harapan’. “Orang berkata; tak perlu bersusah payah. Mereka takkan ke mana-mana. Ajar mereka hari ini, esok mereka akan lupa. Buat apa susah payah? ” ujarnya.
Melihat anak muridnya menghadapi pelbagai diskriminasi, seperti mutan di X Men, Cikgu Nazmi mendapat inspirasi untuk menerapkan konsep Danger Room.
“Dalam komik X Men, Profesor X mengambil semua mutan dan melatihnya di Danger Room, di mana dia menggunakan simulasi holografik dari dunia luar. Saya melihat bahawa anak-anak saya menghadapi perkara yang sama – mereka terputus dari dunia luar, mereka berdepan diskriminasi. Oleh itu, saya membawa dunia luar kepada mereka, ” tambah Cikgu Nazmi lagi.

Cikgu Nazmi telah memperkenalkan dan membina pelbagai senario di dalam kelas
Seperti yang dinyatakan dalam pencalonan Jenny, Cikgu Nazmi telah memperkenalkan dan membina pelbagai senario di dalam kelas dengan menggunakan bahan yang mudah didapati, seperti membina kolam renang dari 200 beg plastik, mesin cuci daripada kadbod dan kereta api daripada perabot.
Pelajar-pelajar tersebut mencapai begitu banyak peningkatan di dalam pelajaran mereka walaupun hanya empat orang murid di seluruh sekolah tersebu lulus dalam peperiksaan kertas karangan mereka pada empat tahun yang lepas ketika Cikgu Nazmi dipindahkan ke Lawas, SK Long Sukang dan berikut merupakan markah tertinggi di daerah tersebut.
Walau bagaimanapun, Perintah Kawalan Pergerakan di Sarawak baru-baru ini memberi kesan kepada prestasi anak murid di sekolah, kerana guru hanya diberi satu pilihan pengajaran iaitu dalam talian. “Kami berkeliling untuk meminta pilihan, tetapi semua idea kami tidak diterima,” kata Cikgu Nazmi, sambil menambahkan bahawa walaupun ada saluran Pendidikan TV, Internet atau televisyen tidak tersedia untuk anak-anak yang berada di rumah mereka.
Oleh itu bersama-sama dengan pengetua SK Long Sukang, Cikgu Nazmi menaiki lori berjam-jam dan menaiki trak yang membawa makanan ke 13 kampung untuk menghantar kerja rumah dan bahan-bahan sekolah kepada setiap 111 pelajar – melahirkan apa yang dinamakan mod ‘di luar lokasi’, kini dikenali dan diterima oleh Kementerian Pendidikan untuk pelajar tidak berkemampuan luar bandar dan di dalam bandar.
Model pembelajarannya di luar lokasi, bagaimanapun berjaya dengan adanya kerjasama dari ibu bapa dan penduduk kampung seperti Jenny, yang sendiri telah menjadikan rumahnya menjadi ‘Pusat Pembelajaran’ agar pelajar sekolah dapat berkumpul dan menggunakan bahan pembelajaran setiap kali Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
“Bak kata pepatah; it takes a village to raise a child. Ini adalah contoh yang tepat bagi situasi ini ”kata Cikgu Nazmi.

Satu daripada lima pencalonan yang dipilih sebagai finalis untuk Anugerah RISE Educator
Kisah penuh inspirasi daripada Cikgu Nazmi ini adalah satu daripada lima pencalonan yang dipilih sebagai finalis untuk Anugerah RISE Educator. Dengan mengumpulkan lebih dari 20,000 kumulatif ‘like’ di Facebook Taylor’s College, guru-guru yang telah memberi inspirasi lain termasuk Abdul Muiz Hussin yang mengajar dirinya Mandarin untuk mengajar bahasa tersebut di sebuah perkampungan nelayan, Hairul Azuan yang membantu mengumpulkan dana untuk mereka yang memerlukan di komuniti FELDA, Law Yee Chen yang berusaha untuk memastikan pelajar yang lemah dapat memiliki akses ke peranti dan data Internet untuk pembelajaran dalam talian, dan Teo Yuang Teck yang melihat potensi dalam pelajar yang berbeza dan mengajar mereka computer programming.
Anugerah ini juga menampilkan Edisi Taylorian, dimenangi oleh pensyarah Taylor’s College Raja Imran Raja Azhar, yang dipuji oleh pelajar sebagai pensyarah yang teliti, mempunyai harapan tinggi terhadap pelajarnya, dan kuat berusaha untuk mendidik pelajarnya.
Pemenang Anugerah Pendidik RISE memenangi wang tunai RM2,000, sementara penama mereka membawa pulang wang tunai RM500. Selain itu, lima kisah finalis yang disenarai pendek juga dapat dilihat di Taylor’s College Facebook. Untuk maklumat lebih lanjut dan kemas kini mengenai Taylor’s College, lawati college.taylors.edu.my.