• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lebih Dari 73 Peratus Varian Delta Direkodkan Malaysia Adalah Di Negeri Sarawak

Oleh
Husna Hazmi
18 Ogos 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Manakala daerah Kuching rekod kadar pengesanan varian Delta sebanyak 90 peratus di Sarawak.

Lebih Dari 73 Peratus Varian Delta Direkodkan Malaysia Adalah Di Negeri Sarawak. Dilaporkan bahawa, kes varian Delta COVID-19 di negeri Sarawak menunjukkan peningkatan yang tinggi, kata Pengarah Institut  Kesihatan dan Perubatan Komuniti (IHCM), Univesiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) Prof Dr David Perera.

Lebih Dari 73 Peratus Varian Delta Direkodkan Malaysia Adalah Di Negeri  Sarawak
Lebih Dari 73 Peratus Varian Delta Direkodkan Malaysia Adalah Di Negeri Sarawak

Kadar pengesanan keseluruhan melebihi 73 peratus

Beliau berkata kadar pengesanan keseluruhan melebihi 73 peratus telah direkodkan iaitu ‘peningkatan mendadak’ daripada jumlah 50 peratus dilaporkan pada 3 Ogos 2021.

Dalam laporan beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) Datuk Amar Douglas Uggah hari ini, Dr David berkata bahagian Kuching sahaja, merekodkan kadar pengesanan lebih kurang 90 peratus. 

“Varian ini juga terus dikesan di  Bau, Lundu, Kota Samarahan, Simunjan, Miri dan Bintulu. Selain itu kita turut mengesn enam kes varian Delta di Sibu,” kata beliau.

Lebih Dari 73 Peratus Varian Delta Direkodkan Malaysia Adalah Di Negeri Sarawak

UNIMAS berperanan membantu JPBNS mengesan penularan dua varian SARS-COV-2 di Sarawak

“Sebagai sebahagian pengawasan yang kami lakukan ketika ini, kami melaporkan setakat 10 Ogos 2021, terdapat penambahan 249 kes varian membimbangkan (VOC)  dan varian perlu diberi pemerhatian (VOI)  dikesan daripada 338 kes positif COVID-19 yang dirujuk serta dikendalikan (IHCM). 

“248 daripada kes-kes VOC/VOI ini adalah varian Delta (B.1.617.2). Baru-baru ini terdapat satu kes dikenali VOI Indonesian (B.1.466 2) dikesan di Bintulu,” ujar beliau.

Dr. David juga menjelaskan bahawa, jumlah kumulatif VOC/VOI yang telah dikesan di negeri ini dari kes-kes positif COVID-19 ialah 592 setakat 10 Ogos 2021.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Majlis Parti Ulang Tahun Kanak-Kanak Bertukar Tragedi, Tangan Pelatih Haiwan Dibaham Buaya
Next Article Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa ‘American Charm’

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?