• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa ‘American Charm’

Oleh
Ismail NA
18 Ogos 2021
Kongsi
6 Min Bacaan

Siapa sangka puisi boleh dipersembahkan dalam bahasa isyarat. Tahniah Dympna!

Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa ‘American Charm’. Kebiasaannya, puisi dipersembahkan secara verbal dengan menggunakan irama suara, gaya dan bahasa badan bagi menyampaikan perasaan sajak tersebut kepada audien. Tetapi bagaimana pula golongan kelainan upaya (OKU) ingin menikmati persembahan ini?

Isi Isi Penting
  • Siapa sangka puisi boleh dipersembahkan dalam bahasa isyarat. Tahniah Dympna!
  • Permata seni OKU yang dicungkil oleh Cikgu Sirhajwan
  • Puisi makhluk mistik ‘Ngakak’ tawan hati juri
  • Cubaan pertama yang membuahkan hasil, inspirasi dari YouTube
  • Aktiviti seni boleh jadi platform tingkatkan keyakinan pelajar OKU setanding bidang sukan dan pengucapan awam
  • Cikgu Sirhajwan ini juga mengusahakan sebuah projek pengajaran bahasa Inggeris yang mendapat anugerah Britain. Klik pautan di bawah untuk membaca :

Dymphna ada jawapannya. Pelajar berusia 18 tahun dari Kolej Vokasional Keningau ini telah mempersembahkan sebuah puisi hanya dengan menggunakan bahasa isyarat dan persembahan tersebut telah memenangi tempat pertama dalam Pertandingan Festival Antarabangsa Dalam Talian ‘American Charm’!

Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa 'American Charm'
Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa ‘American Charm’. Dymphna Simon, pemenang tempat pertama Pertandingan Festival Antarabangsa Dalam Talian ‘American Charm’. Sumber : The Star

Pertandingan ini adalah anjuran European Association of Folklore Festivals  – EAFF, sebuah badan kerjasama UNESCO yang ditubuhkan pada tahun 2007 untuk memelihara, membangun serta mempopularkan cerita rakyat dengan mengadakan festival serta menggunakan medium moden seperti televisyen, komputer dan teknologi maklumat yang lain.

Beliau yang merupakan seorang pelajar yang mempunyai kelainan upaya pendengaran mengakui berasa terharu kerana pertandingan tersebut adalah pertama kali disertainya dan tidak menyangka bahawa persembahan tersebut dapat memukau hati juri. Walaupun beliau merupakan atlet badminton yang telah memenangi beberapa kejohanan, pertandingan ini diakuinya sebagai sebuah pertandingan yang lain daripada biasa dan sangat dekat di hatinya kerana ia adalah soal menyampaikan seni, penghayatan dan pengetahuan kepada golongan kelainan upaya.

Permata seni OKU yang dicungkil oleh Cikgu Sirhajwan

Dymphna Simon yang merupakan anak keempat daripada 10 orang adik beradik berasal dari Kampung Nuluhon, Kota Kinabalu, Sabah. Menurut beliau, bakatnya mula dicungkil oleh seorang guru ko-kurikulum yang bernama Cikgu Sirhajwan Idek yang menghantar namanya untuk penyertaan pertandingan tersebut. Kebetulan pada waku itu, Cikgu Sirhajwan melihat peluang untuk turut menghantar wakil dalam kategori puisi selain mencari penyertaan untuk pertandingan tarian dan nyanyian.

Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa 'American Charm'
Cikgu Sirhajwan Idek, guru bimbingan Dymphna. Sumber : Astro Awani

Sirhajwan yang sememangnya ahli pendidik yang komited untuk mengetengahkan bakat murid OKU nya menghantar nama mereka untuk penyertaan akitiviti seni berbahasa Inggeris ini ke peringkat antarabangsa. Mereka kemudiannya dilatih dan dibimbing di bawah kendalian guru pendidikan khas, Avyasvina Istiniza Anak Unong.

Puisi makhluk mistik ‘Ngakak’ tawan hati juri

Dalam pertandingan tersebut, Dymphna mempersembahkan sebuah puisi yang bertajuk ‘Ngakak’ karya Cikgu Sirhajwan sendiri. Puisi ini menceritakan tentang sebuah makhluk mistik yang bernama ‘Ngakak’ yang sangat ditakuti oleh masyarakat peribumi Sabah kerana rupanya yang hodoh dan hilaian nya yang menyeramkan.

“Walaupun kini kita berada di zaman moden, kisah rakyat ini merupakan sebahagian besar daripada budaya kita dan cerita ini diceritakan oleh ibu bapa kepada anak-anak mereka untuk mengajar mereka tentang nilai dan pengajaran,”

Dymphna Simon, pemenang tempat pertama Pertandingan Festival Antarabangsa Dalam Talian ‘American Charm’

Cubaan pertama yang membuahkan hasil, inspirasi dari YouTube

Pada asalnya, Cikgu Sirhajwan mengakui bahawa mereka melalui masa yang sukar untuk mencari cara bagaimana puisi ini boleh dipersembahkan menggunakan bahasa isyarat memandangkan peserta ini adalah golongan kelainan upaya. Ini juga merupakan kali pertama pasukan Cikgu Sirhajwan mencabar diri dan anak muridnya untuk melakukan persembahan puisi bahasa isyarat ini. Ujar Cikgu Sirhajwan, YouTube banyak membantu mereka mencari idea bagaimana untuk mempersembahkan figura lenggok badan berdasarkan perkataan kepada penonton.

Cabaran utama Dymphna adalah untuk menzahirkan pelbagai mimik dan ekspresi muka serta badan untuk menggambarkan perasaan makhluk ini seperti kesedihan, kemarahan dan ketakutan. Tambah Dymphna lagi, beliau juga harus mencari beberapa alternatif gerak tubuh badan yang lain yang menyampaikan maksud yang sama kerana terdapat beberapa perkataan dan terma dalam bahasa isyarat yang rumit.

Persembah Puisi Guna Bahasa Isyarat, Pelajar OKU Dari Sabah Ini Menang Festival Antarabangsa 'American Charm'
Contoh puisi bahasa isyarat yang dipelopori di Amerika Syarikat. Kredit : Leslie Center for Humanities-Dartmouth College

Melalui kemenangan ini, pelajar Kolej Vokasional Keningau ini berhasrat untuk menyertai lebih banyak pertandingan sebegini agar beliau dapat mengharumkan nama sekolah sekaligus dapat menunjukkan kepada masyarakat bahawa cabang seni seperti puisi ini dapat disampaikan juga melalui bahasa isyarat.

Aktiviti seni boleh jadi platform tingkatkan keyakinan pelajar OKU setanding bidang sukan dan pengucapan awam

Cikgu Sirhajwan pula berpendapat bahawa kemenangan Dymphna ini membuktikan bahawa tidak mustahil untuk orang kelainan upaya untuk tampil cemerlang dalam apa-apa jua cabang seni. Beliau juga berharap agar bidang seni dapat menjadi platform kepada pelajar OKU meningkatkan lagi keyakinan diri memandangkan bidang ini sering dipandang enteng berbanding bidang sukan dan pengucapan awam.

Guru Bahasa Inggeris yang pernah memenangi Anugerah Pendidikan Bahasa Inggeris Britain pada bulan Julai yang lalu ini juga berharap agar mereka dapat menghidupkan kembali warisan budaya seperti wayang kulit dan mengangkat seni persembahan yang kurang dikenali ramai seperti drama radio.

Cikgu Sirhajwan ini juga mengusahakan sebuah projek pengajaran bahasa Inggeris yang mendapat anugerah Britain. Klik pautan di bawah untuk membaca :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lebih Dari 73 Peratus Varian Delta Direkodkan Malaysia Adalah Di Negeri Sarawak
Next Article Siling Kedai Runtuh Di Vivacity, Seorang Pekerja Wanita Kedai Pakaian Cedera

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?