• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

TERKINI : Yusuf Syukri Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio HITZ Sarawak

Oleh
Ismail NA
22 Februari 2021
Kongsi
2 Min Bacaan

Demikian menurut laman rasmi stesen radio terbabit.

TERKINI : Yusuf Syukri Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio HITZ Sarawak. Stesen radio berbahasa Inggeris tempatan, HITZ Sarawak hari ini mengeluarkan satu lagi kenyataan di laman rasmi mereka hari ini berkenaan isu penyampai radio mereka yang tular beberapa hari yang lalu.

Menerusi kenyataan tersebut, stesen radio tersebut telah menerima keputusan Yusuf Syukri untuk meletak jawatan daripada penyampai radio di stesen berkenaan. Perletakan jawatan tersebut diterima susulan pihaknya melakukan siasatan dalaman berhubung kontroversi yang melanda penyampai terbabit. Ia berkuatkuasa serta merta mulai 22 Februari 2021.

TERKINI : Yusuf Syukri Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio HITZ Sarawak
TERKINI : Yusuf Syukri Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio HITZ Sarawak

Risiko yang perlu ditanggung Yusuf setelah terlibat kontroversi

Beberapa hari yang lalu, Yusuf Syukri telah tular di laman sosial seluruh negara apabila video TikTok mentertawakan guru DidikTV tersebar dengan meluas. Malah, video tersebut telah mendapat kecaman hebat daripada rakyat Malaysia yang menganggap perbuatannya mempersendakan seorang guru adalah tidak tepat walaupun guru tersebut menuturkan Bahasa Inggeris dengan kurang baik.

Pada hari yang sama, Yusuf juga telah memadam video berkenaan dan memuat naik satu video permohonan maaf secara terbuka di laman sosialnya berkenaan kontroversi tersebut. Beliau juga memohon agar mana-mana individu yang mempunyai kontak dengan guru terbabit untuk menghubunginya agar permohonan maaf secara peribadi dapat diajukan kepada guru tersebut.

Untuk rekod, Yusuf Syukri boleh dianggap sebagai penyampai radio yang berpengalaman di stesen radio berkenaan dan turut menjadi pengacara televisyen di sebuah stesen televisyen tempatan, serta individu berpengaruh yang terlibat dengan pemasaran jenama.

TERKINI : Yusuf Syukri Letak Jawatan Sebagai Penyampai Radio HITZ Sarawak
Sumber : FB Yusuf Syukri

Diharapkan beliau dapat mengambil pengajaran atas insiden yang berlaku. Bagi anda pula, jagalah tutur kata walaupun anda bukan orang yang terlibat dengan kontroversi ini. Doakan yang baik-baik sahaja, okay?

Jika anda terlepas cerita ini, baca artikel sebelum ini :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Johor Bakal Jadi Negeri Pertama Uji ART, Sistem Pengangkutan Awam Yang Turut Dirancang Di Sarawak
Next Article Lebih Dari 97,000 ‘Frontliners’ Di Sarawak Daftar Untuk Terima Fasa Pertama Vaksin

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?