• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Konsep Unik ‘Baruk’ Bidayuh, Masjid Darul Makmur Nama Rasmi Masjid Di Serian

Oleh
Nazihah AN
18 Mac 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Konsep Unik 'Baruk' Bidayuh, Masjid Darul Makmur Nama Rasmi Masjid Di Serian

Inspirasi Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak

Konsep Unik ‘Baruk’ Bidayuh, Masjid Darul Makmur Nama Rasmi Masjid Di Serian. Masjid utama di Bahagian Serian kini tampil berwajah baharu setelah selesai proses naik taraf dan diberi nama rasmi Masjid Darul Makmur, membawa maksud “tempat yang sejahtera”. Nama baharu itu diumumkan oleh Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar, sempena Majlis Sambutan Nuzul Al-Quran 1446H/2025M.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah isteri Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi. Majlis berkenaan diserikan lagi dengan kehadiran Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, yang menyempurnakan sambutan pada malam itu.

Sumber gambar: FB Dany Akbar

Masjid Serian Kini Beri Khidmat Serba Lengkap

Untuk rekod, projek naik taraf masjid ini bermula pada tahun 2018 dengan kos berjumlah RM9 juta dan telah dibuka kepada umum pada Januari 2025. Dengan kapasiti 1,500 jemaah pada satu-satu masa, Masjid Darul Makmur juga menyediakan pelbagai kemudahan termasuk bilik akad nikah, bilik seminar, dewan serbaguna, bilik pengurusan jenazah, TASKA dan pejabat.

Menurut Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak, Datuk Misnu Taha, konsep unik ‘baruk’ atau rumah khas etnik Bidayuh dikekalkan sebagai simbolik kepada masyarakat Bidayuh yang ramai di kawasan tersebut. Beliau turut menegaskan bahawa rekabentuk ini merupakan inspirasi daripada Allahyarham Tun Abdul Taib Mahmud, bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, untuk menaikkan imej Bahagian Serian.

Baca juga cerita semasa di bawah:

MOTS Sarawak Perkenal Lampu Isyarat Pintar Di Mukah Untuk Kurangkan Kesesakan Trafik
Menteri Sabah Mahu Penjelasan AirAsia Tentang Penggantungan Penerbangan Antarabangsa
SUMBER :TVS
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Festival Ngelamaai Buraaq Idaang Tering Kembali Ke Mulu Selepas 50 Tahun
Next Article Sedar Kena Rakam, Lelaki Cover Muka Dengan Baju Sebelum Curi Beg Jemaah Wanita Di Sabah

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?