• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Potong Kabel Macam Tebang Pokok, Lelaki Curi Kabel Tepi Jalan Di Semporna

Oleh
Farisha
20 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Tular di media sosial, lelaki mencuri kabel di Sabah

Potong Kabel Macam Tebang Pokok, Lelaki Curi Kabel Tepi Jalan Di Semporna. Isu pencurian kabel di Sabah semakin kerap berlaku sehingga menjejaskan kehidupan seharian penduduk di sana.

Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe, sebelum ini pernah memaklumkan bahawa aktiviti itu sudah menjadi krisis besar di sesetengah kawasan seperti Kota Kinabalu, menurut laporan.

Potong Kabel Macam Tebang Pokok, Lelaki Curi Kabel Tepi Jalan Di Semporna
Potong Kabel Macam Tebang Pokok, Lelaki Curi Kabel Tepi Jalan Di Semporna. Sumber: majoriti

Baru-baru ini, seorang lelaki dipercayai dengan berani mencuri kabel yang terletak di tepi jalan raya berhampiran Semporna, Sabah.

Perbuatan pencuri itu sempat dirakam oleh orang awam

Bagaimanapun, masih belum dapat dipastikan jenis kabel yang cuba dipotong sama ada kabel elektrik atau telekomunikasi.

Perbuatan itu sempat dirakam oleh orang awam yang berada di lokasi kejadian sebelum disebarkan di laman Facebook Noontok Pukulan Maut pada hari Ahad.

Majoriti netizen mengecam tindakan lelaki tersebut

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk tindakan yang dilakukan oleh lelaki tersebut. Seorang pengguna Facebook menyatakan perbuatan itu antara punca Sabah sukar dibangunkan.

Malah, ada yang mengatakan pada zaman 90-an hingga awal 2000-an, banyak pondok telefon awam dibina tetapi sering menjadi mangsa kecurian.

“Jika segelintir kumpulan kecil ini dididik dengan baik oleh pemimpin yang amanah, Sabah sudah maju sekarang, tetapi malangnya amanah itu terlalu berat,” ujar lagi seorang netizen.

Lebih baik buat kerja yang bermanfaat

“Lebih baik jika lelaki itu menggunakan tenaga mudanya untuk melakukan pekerjaan yang lebih bermanfaat dan boleh memberi kestabilan yang berterusan buat dirinya,” nasihat netizen kepada lelaki tersebut.

Untuk makluman, setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan media dikeluarkan oleh pihak berkuasa berhubung kejadian tersebut.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Demi Mahu Mencuri, Individu Selongkar Peti Talian Telefon Dan Internet Di Samariang
Remaja Ditemui Maut Di Sadong Jaya, Terkena Renjatan Elektrik Ketika Mencuri Wayar
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Sarawak Rancang Buka Laluan Direct Flight Dari Kuching Ke Pulau Jeju Sarawak Rancang Buka Laluan Direct Flight Dari Kuching Ke Pulau Jeju
Next Article Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?