• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Pembantu Klinik Swasta Di Kuching Mengaku Bersalah Mencuri Rantai Emas Pesakit

Oleh
Farisha
15 Disember 2023
Kongsi
2 Min Bacaan

Pembantu klinik dikenakan ikatan jamin setahun kerana berkelakuan baik dengan mengaku mencuri

Pembantu Klinik Swasta Di Kuching Mengaku Bersalah Mencuri Rantai Emas Pesakit. Seorang pembantu klinik swasta telah dikenakan ikatan jaminan kelakuan baik selama setahun oleh Mahkamah Majistret di Kuching semalam selepas dia mengaku bersalah mencuri rantai leher emas milik seorang pesakit yang mendapat rawatan di situ.

Menurut sumber, Joanna Wee yang berusia 65 tahun itu membuat pengakuan di hadapan majistret Zubaidah Sharkawi selepas pertuduhan di bawah Seksyen 379 Kanun Keseksaan dibacakan kepadanya.

Pembantu Klinik Swasta Di Kuching Mengaku Bersalah Mencuri Rantai Emas Pesakit
Pembantu Klinik Swasta Di Kuching Mengaku Bersalah Mencuri Rantai Emas Pesakit. Sumber: borneopost

Kesalahan tersebut dilakukan pada 6 Disember lalu

Seksyen tersebut memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda, atau kedua-duanya, sekiranya disabitkan kesalahan. Difahamkan, Wee melakukan kesalahan itu di sebuah klinik swasta di Kuching pada kira-kira jam 9 pagi pada 6 Disember 2023.

Berdasarkan fakta kes itu, pengadu kes berusia 39 telah mendapat rawatan perubatan di klinik tersebut kerana merasa pening dan tidak sihat.

Dalam pada itu, Wee selaku pembantu klinik kemudiannya memberi rawatan kepada pengadu tersebut, yang merasakan tertuduh menyentuh lehernya tetapi tidak memikirkannya dengan mendalam pada waktu itu kerana merasa pening pada ketika itu.

Selepas mendapatkan rawatan perubatan, pengadu pulang ke rumah dan kemudian menyedari rantai leher emas yang dipakainya ke klinik tersebut hilang.

Kerugian sebanyak RM2,000 dan dijual ke sebuah kedai barang kemas

Kerugian dianggarkan sebanyak RM2,000. Berikutan laporan polis yang dibuat, polis telah menahan Wee pada kira-kira jam 2 petang pada hari yang sama dan mendapati bahawa dia telahpun menjual rantai leher tersebut kepada sebuah kedai barang kemas.

Seorang pekerja di kedai tersebut juga mengesahkan bahawa Wee telah menjual rantai leher itu kepada mereka, dan memberikan resit jualan kepada polis yang mengandungi nama Wee.

Di samping itu, pengadu juga mengenal pasti rantai leher yang dijual ke kedai tersebut sebagai miliknya. Insp Shafiqa Nyaie Ilin mendakwa kes itu, sementara Wee tidak diwakili oleh peguam.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Wanita di Kuching dipenjara sehari, didenda kerana mencuri bra
Demi Mahu Mencuri, Individu Selongkar Peti Talian Telefon Dan Internet Di Samariang
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan Polis Buru Lelaki Curi Motosikal Tak Sampai 15 Saat Di Siburan
Next Article Kenali Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Bidayuh Kenali Adat Dan Pantang Larang Setiap Kaum Bidayuh

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?