• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir

Oleh
Husna Hazmi
20 Februari 2024
Kongsi
2 Min Bacaan

Baby Shima balas balik komen selar Ngepan Iban

Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir. Baru-baru ini penyanyi dan personaliti media sosial Malaysia, Baby Shima telah mengeluarkan lagu terbaharu di Youtube berjudul ‘Bujang Sarawak’.

Lagu berkenaan kemudiannya telah mendapat sambutan yang hangat daripada orang ramai terutamanya orang Sarawak kerana lagu berkenaan adalah dalam bahasa Iban.

Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir
Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir. Gambar tangkap layar dari TikTok Baby Shima

Terima kritikan berbaur rasis

Walau bagaimanapun, penyanyi yang berasal dari Semenanjung itu telah menerima kritikan berbaur rasis di ruangan komen video muzik lagu tersebut di Youtube.

Komen tersebut menyelar Baby Shima yang mengenakan pakaian tradisional wanita Iban Sarawak, Ngepan Iban, meskipun beliau merupakan seorang muslim. Lantaran itu, netizen tersebut meninggalkan komen berbunyi, “Mau juga pakai pakaian orang kafir”.

Berasa kecewa dengan komen berkenaan, Baby Shima kemudiannya membalas kritikan tersebut dengan memuat naik sebuah video di TikTok nya di mana penyanyi berkenaan mengatakan bahawa individu yang meninggalkan komen berkenaan sebagai ”seorang yang terpaling suci”.

Baby Shima Sekolahkan Balik Netizen Yang Menyelarnya Guna Ngepan Iban Sebagai Pakaian Orang Kafir
Gambar tangkap layar dari ruangan komen Youtube Baby Shima

”Entah apa apalah sampai culture orang pun dia nak kecam,” ujar Baby Shima yang ditujukan terhadap individu yang meninggalkan komen negatif tersebut.

Dalam masa yang sama, Baby Shima juga turut meluahkan kekecewaannya dengan sesetengah individu yang telah memuatnaik komen berunsur negatif yang sengaja menyasarkan budaya sesebuah masyarakat di Malaysia.

Meskipun dilayangkan beberapa komen negatif, video muzik ‘Bujang Sarawak’ kini telah mencapai 1.3 juta tontonan di Youtube semasa artikel ini diterbitkan.

Baca artikel berikut untuk belajar lebih lanjut tentang Ngepan Iban:

Kenali Asal Usul Ngepan Indu, Pakaian Tradisional Wanita Iban
Ngepan Indu Iban Bertaraf Antarabangsa, Pernah Wakili Malaysia Dalam Pertandingan Miss Universe
SUMBER :TikTok Baby Shima
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Potong Kabel Macam Tebang Pokok, Lelaki Curi Kabel Tepi Jalan Di Semporna
Next Article Stampark Place BDC, Kolam Renang Luas Dan Terjaga Buat Warga Kuching Mandi Manda Stampark Place BDC, Kolam Renang Luas Dan Terjaga Buat Warga Kuching Mandi Manda

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?