• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Malaysia

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Oleh
Husna Hazmi
17 November 2020
Kongsi
2 Min Bacaan

Setelah dilarang merokok oleh pekerja Starbucks, lelaki ini bertindak menyerang pekerja tersebut.

Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks. Seorang lelaki telah bertindak mencederakan pekerja Starbucks hanya kerana tidak puas hati ditegur merokok di tempat awam. Lelaki tersebut telah dijatuhkan hukuman denda RM1,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur.

Isi Isi Penting
  • Setelah dilarang merokok oleh pekerja Starbucks, lelaki ini bertindak menyerang pekerja tersebut.
  • Starbucks Plaza Berjaya
  • Halang hisap rokok
  • Mengaku bersalah

Majistret Mohamed Fared Abdul Latif telah menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Mitchel Glend Samson, 27, selepas dia mengaku bersalah atas pertuduhan yang dihadapinya dan tertuduh telah diperintah menjalani hukuman penjara tiga bulan sekiranya gagal membayar denda.

Lelaki Didenda RM1000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Starbucks Plaza Berjaya

Lelaki tersebut telah didakwa mencederakan pekerja kedai Starbucks Nur Hanisah Abu Hasan, 23, di hadapan kedai Starbucks Plaza Berjaya, Jalan Imbi Kuala Lumpur, pada 3.20 petang 13 November lalu, mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Sebelum hukuman dijatuhkan, Mohamed Fared bertanya kepada tertuduh mengenai kejadian itu dan rayuannya untuk mengurangkan hukuman.

Tertuduh berkata selepas mengimbas aplikasi MySejahtera di kedai tersebut, statusnya adalah ‘berisiko tinggi’ dan dia tidak dibenarkan masuk oleh pekerja kedai tersebut, lalu dia duduk di tepi Starbucks sambil menghisap rokok sementara menunggu rakannya untuk membelikan kopi untuknya.

Lelaki Didenda RM1000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Halang hisap rokok

“Tetapi pekerja Starbucks datang dan menghalang saya dari menghisap rokok dengan cara yang kurang sopan. Saya cuba cakap baik-baik dengan dia tetapi tidak diendahkan.

Tetapi saya mengaku bersalah kerana memang saya naik tangan kepadanya. Saya mohon maaf dan mohon hukuman diringankan kerana masih menanggung keluarga di Sabah,” katanya.

Lelaki Didenda RM1000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks

Mengaku bersalah

Tetapi saya mengaku bersalah kerana memang saya naik tangan kepadanya. Saya mohon maaf dan mohon hukuman ringan kerana masih menanggung keluarga di Sabah,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya Abdul Khaliq Nazeri memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal sebagai pengajaran kepada tertuduh mengambil kira faktor mangsa hanya menjalankan tugasnya dan kecederaan di bahagian mulut yang dialaminya.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hantar Gambar Baru Dapat Bantuan, Pasangan Tua Ini Hidup Tanpa Kemudahan Elektrik Dan Air Hantar Gambar Baru Dapat Bantuan, Pasangan Tua Ini Hidup Tanpa Kemudahan Elektrik Dan Air
Next Article Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?