• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

Oleh
Husna Hazmi
17 November 2020
Kongsi
4 Min Bacaan

Bomba Sarawak siap sedia hadapi kemungkinan banjir.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JPBM) Sarawak telah mengambil langkah untuk bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir disebabkan angin pusaran Monsun Timur Laut yang akan bermula bulan ini sehingga Mac 2021.

Isi Isi Penting
  • Bomba Sarawak siap sedia hadapi kemungkinan banjir.
  • Membuat pemantauan
  • Angin pusaran monsun timur laut
  • Setiap bot menyelamat akan disediakan pelitup muka
  • 54 balai bomba di seluruh negeri

Menurut Pengarah JBPM Sarawak, Khirudin Drahman dipercayai bahawa kawasan barat di Sebuyau, Simunjan, Seian, Samarahan, Siburan dan sekitar kawasan pantai akan mengalami banjir akibat air pasang besar.

“Bahagian utara iaitu Lawas, Limbang, Miri dan Lembah tidak akan mengalami banjir setakat ini serta mengalami cuaca kering dan orang ramai tidak perlu khuatir kerana aset kita mencukupi untuk dikerahkan dengan lebih efisyen,” kata beliau ketika sidang media di ibu pejabat JBPM Sarawak, hari ini.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir
Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

Membuat pemantauan

Kerahan anggota yang berupaya membantu pihaknya dalam membuat pemantauan, operasi menyelamat dan memberi maklumat terdiri daripada Pegawai Sepenuh Masa (PSM) adalah seramai 1,194 orang.

Pihaknya turut dibantu Pegawai Bomba Bantuan (PBB) seramai 230 orang, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) 2,259 orang, Bomba Komuniti 7,453 orang, Pasukan Tindakan Kecemasan Komuniti (CERT) 10,107 orang dan peserta Summer Camp 820 orang.

Bagaimanapun tegasnya dalam waktu sukar ini, kerjasama komuniti dan orang ramai amat diperlukan bagi pihaknya untuk menjalankan perkhidmatan dengan lebih baik lagi.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat Sarawak Bersiap Sedia Hadapi Kemungkinan Banjir

Angin pusaran monsun timur laut

Sementara itu, angin pusaran monsun timur laut yang melanda Vietnam dan Filipina telah menjejaskan teruk keadaan di kedua-dua buah negara tersebut manakala Sarawak hanya mengalami sedikit tempias daripada ekor pusaran angin monsun tersebut.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di seluruh negeri bakal menyaksikan pertambahan daripada jumlah 621 buah pada tahun lepas iaitu 2019.

Kekuatan aset jentera pihaknya pula di Balai Bomba dan Penyelamat kawasan Kuching, Sibu dan Miri terdiri daripada lori (16 unit), kenderaan utiliti pacuan empat roda (67 unit), bot penyelamat (45 unit), dan helikopter (1 unit).

Kesemua operasi menyelamat dan memindahkan mangsa banjir pula akan dijalankan mengikut ketetapan Prosedur Operasi Standard (SOP) oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN)

Setiap bot menyelamat akan disediakan pelitup muka

“Setiap bot menyelamat akan disediakan pelitup muka dan pensanitasi tangan serta bilangan penumpang akan dikurangkan untuk mengamalkan penjarakan fizikal pada setiap masa,” ujarnya lagi.

Pada masa yang sama, beliau turut menyuarakan rasa bimbang pihaknya terhadap isu keselamatan di air yang memerlukan perhatian khususnya kerana sehingga semalam pihaknya telah menerima seramai 32 kes, melibatkan kes lemas di sungai, pantai, tasik, lombong, air terjun atau jeram.

54 balai bomba di seluruh negeri

Sarawak juga memerlukan 54 balai bomba di seluruh negeri bagi menyediakan liputan perkhidmatan yang menyeluruh dan sehingga awal tahun depan sebanyak lima balai Bomba akan siap dibina, kata Khirudin.

Setakat ini, Sarawak hanya mempunyai 34 balai bomba di seluruh negeri dan pembinaan balai dan tanggungan operasi banyak bergantung kepada keupayaan peruntukan yang diberikan daripada kerajaan.

Lagi di sini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lelaki Didenda RM1,000 Kerana Mencederakan Pekerja Starbucks
Next Article Video ‘Midang Midang’ Oleh Anak Sarawak Alena Murang Dicalonkan Di Dalam Festival Video Muzik Buenos Aires 2020

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?