• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel

Oleh
ILB - AI
11 September 2022
Kongsi
2 Min Bacaan

Netizen mengeluh diesel habis.

Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel. Tidak semua kenderaan diatas jalaraya menggunakan minyak petrol untuk memastikan kenderaan berfungsi dengan baik. Ada sesetegah memerlukan minyak diesel untuk kegunaan bagi kenderaan mereka seperti lori, Hilux.

Namun, berlaku sebaliknya di Bintulu dan Miri apabila beberapa netizen berkongsi dan mengeluh permasalahan mereka di media sosial. Dimana mereka sukar mendapatkan bekalan minyak diesel di beberapa buah tempat stesen pam minyak disana. Apa yang sedang berlaku?

Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel
Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel. Sumber gambar: BORNEO POST online

Kualiti stok minyak teruk.

Menurut Shell Timur Sdn Bhd (Shell Timur) yang merupakan pihak yang bertanggungjawab menguruskan hal ini, kejadian putus bekalan ini adalah disebabkan oleh isu dengan kualiti stok minyak yang tidak memuaskan. Pihak mereka telah cakna dengan permasalahan ini dan mereka sedaya upaya berikhtiar untuk menyelesaikan isu ini untuk beberapa stesen pam minyak di Bintulu dan Miri.

Stok Minyak Tidak Cukup, Penduduk Bintulu Dan Miri Terputus Bekalan Diesel
Sumber gambar: BORNEO POST online

Bahkan, menurut mereka, apabila mereka mengetahui tentang punca permasalahan ini, mereka sangat tidak menjangkakan isu kualiti minyak yang akan dibekalkan tidak mencapai tahap yang memuaskan. Oleh yang demikian, mereka mengatakan bahawa mereka tidak akan berkrompomi dengan kualiti yang tidak memuaskan ini untuk dibekalkan kepada pelanggan.

Tidak menjejaskan bekalan yang lain.

Namun, usah khuatir dimana isu ini tidak akan mengganggu isu bekalan minyak biasa seperti RON95. Bekalan minyak petrol akan sentiasa mencukupi untuk dibekalkan kepada mana-mana stesen pam minyak serta memenuhi permintaan pelanggan kerana bekalan minyak ini tidak menghadapi masalah kualiti dan dalam kuantiti yang mencukupi. Malah tidak terjejas sedikitpun dengan isu diesel ini.

Diharap orang Bintulu dan Miri bersabar dengan permasalahan ini sehingga ianya dapat diselesaikan secara tuntas oleh pihak yang bertanggungjawab.

Kalau isu minyak, bukan setakat minyak diesel yang menjadi keriuhan warga netizen. Minyak masak pun sama. Boleh baca artikel dibawah untuk membaca isu minyak yang lain:

Tular Isu Tidak Benarkan Isi Minyak Dalam Tong, Ini Rupanya Penjelasan KPDNHEP

Cubaan Seludup Minyak Masak Dan Diesel Bernilai RM34K Tumpas Di Sabah
SUMBER :BORNEO POST online
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Berita Baik Buat Warga Sri Aman, Lepapa Hypermarket Dan Roxy Hotel Kini Dibuka Secara Rasmi. Berita Baik Buat Warga Sri Aman, Lepapa Hypermarket Dan Roxy Hotel Kini Dibuka Secara Rasmi
Next Article Lelaki Ini Kongsi Syurga Tersembunyi Di Sarawak Yang Ramai Pelancong Tak Tahu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?