• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah

Oleh
Ismail NA
2 September 2021
Kongsi
8 Min Bacaan

Kadar vaksinasi Sabah adalah yang paling rendah di Malaysia.

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah. Peningkatan kes positif di Sarawak kebanyakannya adalah disebabkan penularan varian Delta. Namun demikian, jumlah pesakit yang dimasukkan ke ICU boleh dikatakan sangat sedikit jika dibandingkan sewaktu rakyat belum menerima suntikan vaksin beberapa bulan yang lalu. Lebih 90% kes pula adalah terdiri daripada pesakit peringkat 1 & 2 yang tidak menunjukkan gejala atau mempunyai gejala ringan.

Isi Isi Penting
  • Kadar vaksinasi Sabah adalah yang paling rendah di Malaysia.
  • Hospital terpaksa utamakan pesakit muda berbanding pesakit golongan tua
  • Ruang kosong ICU ditempatkan pesakit selagi boleh, ada yang sampai duduk di koridor
  • Bantuan alat pernafasan dipohon berkali-kali tapi tidak kunjung tiba
  • Data backlog yang tidak selari dengan situasi semasa
  • Kadar vaksinasi di Sabah masih paling rendah di seluruh Malaysia
  • Sarawak bantu sumbang vaksin agar Sabah capai imuniti kelompok segera
  • Baca juga :

Situasi ini sangat berbeza dengan negeri di bawah bayu, Sabah. Menurut laporan akhbar tempatan, para doktor mendedahkan bahawa keadaan pusat rawatan rapi di kebanyakan hospital utama di Sabah sudah mencapai kapasiti maksimum. Lebih daripada itu, para petugas barisan hadapan sekarang sudah sampai ke satu tahap di mana mereka harus membuat pilihan untuk menyelamatkan siapa terlebih dahulu.

Dengan jumlah kes melebihi 2,000 kes sehari di Sabah, hospital di seluruh Sabah mengalami kekurangan katil ICU dan peralatan seperti alat bantuan pernafasan (ventilator).

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah
Gambar hiasan. Kredit : FB NOOR HISHAM ABDULLAH

Hospital terpaksa utamakan pesakit muda berbanding pesakit golongan tua

Bercakap kepada portal berita tempatan, seorang doktor yang bertugas di Hospital Queen Elizabeth menceritakan bahawa mereka tidak mempunyai pilihan kerana prioriti utama perubatan adalah untuk menyelamatkan pesakit golongan muda. Ramai pesakit dalam lingkungan usia 60-an yang datang tanpa ada sejarah kesihatan dan mempunyai peluang yang lebih cerah untuk sembuh, namun mereka terpaksa mengutamakan pesakit yang berada dalam lingkungan usia 30-an terlebih dahulu.

Pihaknya kini dalam dilema dan terpaksa membuat keputusan yang sukar kerana sumber perubatan yang terhad. Pasukan perubatan juga berasa kecewa dan berat hati untuk memberitahu kepada ahli keluarga pesakit bahawa tidak banyak yang dapat mereka lakukan. Begitulah genting dan parahnya situasi di hospital Sabah.

Bahkan, pihak hospital utama di Sabah juga menerima lambakan pesakit dari hospital daerah yang memerlukan rawatan terperinci yang hanya boleh didapati di hospital utama terbabit. Namun, keadaan yang sama berlaku. Mereka sudah sampai ke tahap terpaksa memberitahu pesakit untuk kembali pulang atau menangguhkan kemasukan mereka kerana telah mencapai kapasiti maksimum ICU.

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah
Situasi di wad Hospital Sandakan. Sumber : FB SandakanKini

Ruang kosong ICU ditempatkan pesakit selagi boleh, ada yang sampai duduk di koridor

Walau bagaimanapun, pihak hospital sedang berusaha sedaya upaya untuk menyelamatkan pesakit ini dengan meletakkan mereka di ruang kosong hospital. Setiap kubikel dalam wad ICU yang sepatutnya hanya menempatkan seorang pesakit, kini dimuatkan dengan 3 orang pesakit. Mereka diberikan bantuan tangki oksigen sekalipun harus duduk dan berbaris di koridor. Katil lipat juga dipasang di mana-mana sahaja, asal ada ruang kosong.

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah
Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah. Sumber : FB SandakanKini

Dalam masa yang sama, Hospital Duchess of Kent di Sandakan telah berurusan dengan limpahan pesakit sejak sebulan yang lalu. Hospital ini telah kehabisan katil ICU dan tangki oksigen. Mereka terpaksa menukarkan wad wanita sebagai wad pesakit COVID dan membawa masuk sebanyak 30 tangki oksigen daripada hospital dari daerah yang berdekatan. Keadaan ini juga dapat dilihat menerusi hantaran seorang pengguna tidak bernama yang mengaku sebagai petugas barisan hadapan di Hospital Sandakan.

Daripada 120 alat bantuan pernafasan yang terdapat di Sabah, hanya 58 sahaja dikhaskan untuk pesakit COVID-19. Setakat 31 Ogos pula, sebanyak 81 orang pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan.

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah
Sumber : FB SandakanKini

Bantuan alat pernafasan dipohon berkali-kali tapi tidak kunjung tiba

Tambah buruk, peralatan perubatan seperti alat bantuan pernafasan yang dipohon juga tidak kunjung tiba sejak 2 bulan yang lalu. Bantuan tersebut telah dipohon berkali-kali. Tanda-tanda untuk tiba dengan segera juga tidak muncul, jelas seorang doktor di wad kecemasan hospital itu.

Berdasarkan data daripada Kementerian Kesihatan Malaysia, sebanyak 1,571 katil dikhaskan untuk pesakit COVID di Sabah, dan sebanyak 85% telah digunakan di seluruh negeri itu. Namun demikian, petugas barisan hadapandi Sabah menyangkal statistik tersebut memandangkan jumlah pesakit pada masa ini sudah lebih daripada kapasiti yang direkodkan.

Data backlog yang tidak selari dengan situasi semasa

Terlalu ramai pesakit yang menunggu untuk dimasukkan ke dalam wad. Hal ini disebabkan data KKM adalah tidak selari dengan waktu sebenar. Jumlah backlog data yang terlalu besar menyebabkan peratusan tersebut tidak tepat sewaktu ia dikeluarkan. Ekoran situasi ini, ada pesakit yang terpaksa menunggu di wad kecemasan sehingga lebih daripada 5 hari untuk menunggu kekosongan wad ICU.

Jika alat bantuan pernafasan mencukupi, pihak perubatan tidak perlu membuat keputusan tentang siapa yang perlu diutamakan untuk dirawat. Bahkan, terlalu banyak kematian mengejut yang kemudiannya disahkan positif COVID-19 didaftarkan sejak kebelakangan ini. Ini menandakan bahawa mereka tidak menerima rawatan yang sepatutnya. Lebih mendukacitakan, ramai rakyat di Sabah yang meninggal dunia tanpa sempat dirawat, bahkan tidak sempat pun dimasukkan ke ICU.

Kadar vaksinasi di Sabah masih paling rendah di seluruh Malaysia

Walau bagaimanapun, peningkatan ketara kes dan kemasukan ke hospital sehingga memerlukan bantuan pernafasan ini didorong juga oleh kadar vaksinasi yang sangat rendah di negeri ini. Setakat 1 September 2021, Sabah merupakan negeri yang mencatatkan kadar vaksinasi lengkap paling rendah di Malaysia iaitu 40.8%, manakala populasi yang telah menerima vaksin sekurang-kurangnya 1 dos adalah sebanyak 59.8%.

Sampai Duduk Di Koridor Dengan Tangki Oksigen, Doktor Dedah Realiti Hospital Sesak Di Sabah

Meskipun kempen vaksinasi sedang giat dijalankan, namun masalah ini dilihat berpunca daripada kekurangan bekalan vaksin di peringkat persekutuan sehingga menyebabkan saluran bekalan ke beberapa negeri besar seperti Johor, Pulau Pinang dan termasuk Sabah terganggu.

Oleh yang demikian, Perdana Menteri baharu, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menggesa Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Malaysia (MOSTI) untuk mengguna pakai bekalan sedia ada dalam negara untuk disalurkan ke negeri-negeri ini tanpa perlu menunggu ketibaan bekalan tambahan dari luar negara. Sehingga kini, sebanyak 200,000 vaksin satu dos jenis CanSino Bio telah dihantar ke Sabah untuk mempercepatkan kadar vaksinasi di negeri itu.

Sarawak bantu sumbang vaksin agar Sabah capai imuniti kelompok segera

Sarawak juga tidak ketinggalan untuk menyumbangkan bantuan kepada jiran di Pulau Borneo ini. Sebanyak 94,500 dos vaksin Pfizer telah dihantar bagi menangani kekurangan bekalan itu Ahad lalu. Selain itu, pada hari ini (2 September), Sabah juga menerima bekalan vaksin sebanyak 608,400 dos Pfizer dan 134,000 dos Sinovac pada Sabtu, 4 September.

Satu lagi usaha yang dilakukan bagi mempercepatkan kadar vaksinasi di Sabah adalah dengan membenarkan vaksinasi secara walk-in bagi mereka yang belum mendapat sebarang temu janji. Rakyat Sabah juga diberikan penggunaan vaksin jenis CanSino yang hanya memerlukan satu dos berbanding dua dos dan sesuai untuk kawasan pedalaman yang sukar untuk dicapai. Sekiranya bekalan tidak lagi terganggu, Sabah diyakini mampu mencapai kadar imuniti berkelompok menjelang penghujung Oktober ini.

Diharap rakyat Sabah segera mendapatkan suntikan vaksin bagi melindungi nyawa dan keluarga tersayang. Suntikan lengkap vaksin dapat menghindarkan anda daripada komplikasi teruk COVID-19 serta mengurangkan risiko kematian.

Jom vaksin, kasih jadi ini kali. Sabah Boleh Bah!

Baca juga :

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Umpama Terapung Atas Air, Tasik Biru Di Bau Bakal Ada Floating Chalet Umpama Terapung Atas Air, Tasik Biru Di Bau Bakal Ada Floating Chalet
Next Article Ingatkan Babi Hutan, Pemburu Tertembak Rakan Sendiri Di Kapit

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?