Kes disiasat sebagai mati mengejut
Lelaki Warga Tempatan Maut Semasa Hadiri Perbicaraan Di Miri. Dipetik dari The Borneo Post, seorang lelaki berusia 68 tahun telah disahkan meninggal dunia di Mahkamah yang terletak di bangunan Baitulmal Miri pada jam 10 pagi, semalam (Jumaat).
Menurut Ketua Polis Daerah, ACP Alexson Naga Chabu, lelaki berkenaan sedang menghadiri perbicaraan berkaitan isu tanah ketika kejadian berlaku.

Pengsan semasa menghadiri perbicaraan
Lelaki warga tempatan tersebut pengsan semasa menghadiri perbicaraan di Mahkamah, kata beliau.
Kes ini kemudiannya dikatakan sedang disiasat sebagai kematian mengejut.
Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak membuat spekulasi mengenai kes ini atau kes-kes lain yang boleh menimbulkan kegusaran dikalangan masyarakat.

