• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Dipenjara 20 Tahun Dan Disebat 2 Kali Kerana Rogol Perempuan Simpanan Bawah Umur Di Sibu

Oleh
Nazihah AN
8 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Lelaki Dipenjara 20 Tahun Dan Disebat 2 Kali Kerana Rogol Perempuan Simpanan Bawah Umur Di Sibu

Lelaki tersebut didapati bersalah rogol gadis bawah umur

Lelaki Dipenjara 20 Tahun Dan Disebat 2 Kali Kerana Rogol Perempuan Simpanan Bawah Umur Di Sibu. Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara keseluruhan 20 tahun dan dua sebatan terhadap seorang lelaki berusia 21 tahun kerana merogol perempuan simpanannya berusia 15 tahun.

Hakim Musyiri Peet mensabitkan kesalahan Prem Anthony atas pengakuan bersalahnya sendiri terhadap dua pertuduhan merogol mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.

Hukuman penjara berjalan serentak.

Mengikut pertuduhan pertama, dia merogol mangsa pada 13 Feb kira-kira jam 12.10 pagi di sebuah rumah di sini, manakala pertuduhan kedua menyatakan dia merogolnya semula pada 17 Feb lalu kira-kira jam 2.45 petang di lokasi sama.

Prem dijatuhi hukuman penjara 10 tahun dan satu sebatan bagi setiap pertuduhan.

Mahkamah juga memerintahkan supaya hukuman penjara berjalan serentak.

Berdasarkan fakta kes, isteri Prem memaklumkan pengadu bahawa suaminya menjalinkan hubungan sulit dengan anak perempuan pengadu.

Apabila pengadu bersemuka dengan anak perempuannya, dia mengaku menjalinkan hubungan dengan Prem sejak Februari.

Mengesyaki anak perempuannya mengadakan hubungan seks dengan Prem, pengadu membuat laporan polis yang membawa kepada penahanannya pada 31 Mac.

Siasatan polis mendedahkan Prem telah melakukan hubungan seksual dengan mangsa sebanyak dua kali.

Hasil pemeriksaan perubatan menunjukkan mangsa mengalami koyakan selaput dara.

Timbalan pendakwa raya Cynthia Emmelda Jerry hadir untuk pendakwaan manakala Prem tidak mempunyai representasi undang-undang.- The Borneo Post

Baca juga cerita semasa di bawah:

Kereta Senang Terbakar Akibat Ubah Suai Pendawaian, Amaran JBPM Sarawak
ICOM Square Kini Kenakan Bayaran Sistem Parkir Digital Untuk Orang Ramai
SUMBER :The Borneo Post
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kereta Senang Terbakar Akibat Ubah Suai Pendawaian, Amaran JBPM Sarawak Kereta Senang Terbakar Akibat Ubah Suai Pendawaian, Amaran JBPM Sarawak
Next Article Kastam Sarawak Rampas Rokok Dan Arak Seludup Bernilai RM1.6 Juta

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?