• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Kereta Senang Terbakar Akibat Ubah Suai Pendawaian, Amaran JBPM Sarawak

Oleh
Nazihah AN
8 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan
Kereta Senang Terbakar Akibat Ubah Suai Pendawaian, Amaran JBPM Sarawak

Aksesori Tambahan Boleh Undang Bahaya

Kereta Senang Terbakar Akibat Ubah Suai Pendawaian, Amaran JBPM Sarawak. Kes kebakaran kereta yang semakin kerap berlaku di jalan raya sekitar Sarawak kini dikaitkan dengan satu punca utama yang ramai mungkin terlepas pandang – sistem pendawaian elektrik yang terlebih beban akibat pengubahsuaian dan pemasangan aksesori berlebihan.

Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, Jamri Masran, kebanyakan kebakaran kereta bukan berpunca daripada enjin atau kebocoran minyak seperti yang sering disangka, sebaliknya daripada sistem elektrik yang tidak lagi mampu menampung beban tambahan.

Gambar sekadar hiasan

Biasanya daripada statistik dan penemuan kita, kalau kereta terbakar punca berlaku kebakaran adalah berkaitan isu elektrikal. Jarang sekali berpunca daripada enjin,” jelas beliau kepada media.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri Majlis Jalinan Mesra Aidilfitri anjuran JBPM Sarawak yang diadakan di Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Merah malam tadi. Turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Datuk Micheal Tiang Ming Tee serta Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) JBPM, Othman Abdullah.

Antara pengubahsuaian yang kerap dilakukan pemilik kereta termasuklah penambahan sistem audio seperti speaker dan radio berkuasa tinggi yang memerlukan penggunaan elektrik lebih besar. Perubahan ini, walaupun nampak kecil, mampu menjejaskan sistem pendawaian asal kenderaan yang tidak direka untuk menampung beban tambahan tersebut.

“Kalau nak buat tuntutan daripada syarikat pengeluar pun, sudah tentu tak dilayan kerana sudah membuat modifikasi,” kata Jamri.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan agar pemilik kenderaan di Sarawak berfikir panjang sebelum melakukan sebarang ubah suai yang boleh membahayakan nyawa.

“Adalah baik supaya mengekalkan seperti mana keadaan keluar daripada kilang demi keselamatan mereka,” tambahnya.

Baca juga cerita semasa di bawah:

Ubahsuai Saga Jadi Hailak, Gelagat Lelaki Dari Sabah Ini Raih Perhatian Netizen
Tular Individu Dari Sabah Ini Bakal Rentas 3 Negara Dalam Borneo Dalam 18 Hari
SUMBER :BERNAMA
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Hanya Tinggal 50 Ekor Di Dunia, Burung Chinese Crested Tern Ditemui Di Asajaya
Next Article Lelaki Dipenjara 20 Tahun Dan Disebat 2 Kali Kerana Rogol Perempuan Simpanan Bawah Umur Di Sibu Lelaki Dipenjara 20 Tahun Dan Disebat 2 Kali Kerana Rogol Perempuan Simpanan Bawah Umur Di Sibu

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?