• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lelaki Ditahan Lepas Ugut Ibu Sendiri Dengan Parang Di Tawau

Oleh
Farisha
16 April 2025
Kongsi
2 Min Bacaan

Ancam Ibu Guna Parang, Lelaki Dicekup Polis

Lelaki Ditahan Lepas Ugut Ibu Sendiri Dengan Parang Di Tawau. Seorang lelaki dalam lingkungan usia 30-an telah ditahan pihak polis selepas dipercayai mengugut untuk mencederakan ibunya menggunakan sebilah parang dalam satu insiden di rumah mereka pada malam Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin berkata, kejadian berlaku sekitar jam 11.10 malam apabila suspek dilaporkan bertindak agresif dan mengacukan senjata tajam berkenaan ke arah ibunya.

Lelaki Ditahan Lepas Ugut Ibu Sendiri Dengan Parang Di Tawau
Lelaki Ditahan Lepas Ugut Ibu Sendiri Dengan Parang Di Tawau

“Adik lelaki suspek telah bertindak pantas dengan membuat laporan polis, yang membawa kepada penahanan segera suspek di kaki lima sebuah bangunan dalam kawasan bandar,” katanya dalam satu kenyataan.

Hasil siasatan awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau, namun pihak polis percaya dia mempunyai kecenderungan untuk bertindak agresif. Malah, suspek juga dikatakan pernah menyebabkan kerosakan ke atas harta benda milik jiran dalam satu kejadian sebelum ini.

Suspek kini disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah, yang boleh membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun, denda, atau kedua-duanya sekali jika disabitkan kesalahan.

ACP Jasmin turut menasihatkan orang ramai agar tidak berdiam diri jika berlaku sebarang ancaman dalam kalangan ahli keluarga.

“Laporkan segera kepada pihak polis bagi membolehkan tindakan awal diambil demi keselamatan semua pihak,” tegas beliau, menurut laporan media tempatan.

Baca juga artikel yang berkaitan:

Lelaki Kuching Didenda RM2,500 Kerana Ugut Jiran Gara-Gara Parkir Lori Di Tepi Jalan
Taktik Terbaru Scammer, Panggilan Video Lucah Digunakan Untuk Peras Ugut
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak Mula Disalur Menerusi SPay Pertengahan 2025 Bantuan RM1.2K Untuk Pelajar Sarawak Mula Disalur Menerusi SPay Pertengahan 2025
Next Article Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching Pusat Tabung Darah HUS Umum Jadual Derma Darah Minggu Ini Di Kuching

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?