• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat

Oleh
Husna Hazmi
3 Jun 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Memang memalukan betul!

Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat. Semalam kita kecoh di sosial media dengan perkongsian jelik daripada sebuah akaun di Facebook yang mengeluarkan kata-kata kesat dan lucah terhadap unduk ngadau Sabah serta penghinaan berbaur perkauman terhadap masyarakat Kadazan, Dusun, Murut, Rungus (KDMR) dan juga Pakistan.

Isi Isi Penting
  • Memang memalukan betul!
  • Telah membuat laporan polis petang semalam
  • Menunggu hasil siasatan pihak polis
  • Lporan polis dibuat mengenai akaun palsu
Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat
Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat

Telah membuat laporan polis petang semalam

Pengerusi Jawatankuasa Unduk Ngadau Sabah, Joanna Kitingan bersama Juara Unduk Ngadau 2022 Frenerietta Sobitun telah membuat laporan polis petang semalam di Balai Polis Penampang berhubung perkongsian jelik di sosial media tersebut.

Menurut Joanna Kitingan, perkara itu merupakan sesuatu yang amat memalukan dan sukar untuk diterima bagi masyarakat KDMR di Sabah.

“Saya menerima tangkapan skrin daripada rakan-rakan yang menunjukkan beberapa hantaran dari media sosial berkaitan kaum KDMR yang jijik dan tidak sanggup saya sebut kembali perkataan-perkataan itu.

“Pada pandangan saya, seorang yang baik di dalam beragama tidak akan sesekali melontarkan kata-kata kesat seperti itu. Saya anggap lelaki ini mempunyai masalah mental”, tambahnya lagi.

Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat

Menunggu hasil siasatan pihak polis

Dilaporkan bahawa kini pihaknya sedang menunggu hasil siasatan pihak polis sebelum tindakan selanjutnya diambil.

Pemilik akaun yang menggunakan nama Muhammad Hafiz itu dilaporkan menggunakan kata-kata kesat terhadap kaum Kadazan Dusun dan pertandingan Unduk Ngadau dalam hantarannya, dipercayai bertujuan untuk mencetuskan provokasi dan ketegangan kaum.

Lempar Kata Kesat Dan Lucah Terhadap Unduk Ngadau Sabah Serta Hina Kaum KDMR, Laporan Polis Dibuat

Lporan polis dibuat mengenai akaun palsu

Dalam masa yang sama, terdapat juga satu laporan polis yang dibuat mengatakan akaun yang diguna untuk menghina unduk ngadau Sabah itu adalah palsu kerana menggunakan gambar orang yang berbeza.

Di dalam laporan polis tersebut, dipercayai bahawa akaun Muhammad Hafiz itu adalah palsu kerana menggunakan gambar dan identiti orang lain iaitu Mohd Azwan Abdul Sidi.

Mohd Azwan juga telah menerima pelbagai ancaman dan ugutan dari ramai pihak dan berkata bahawa dia merupakan seorang yang berbangsa Murut, jadi ia tidak masuk akal bagi dirinya untuk menghina bangsanya sendiri.

Oleh demikian, diharap agar orang ramai bersabar dan serahkan kes ini terhadap pihak polis. Biar pihak berkuasa yang menghukum dan memberi pengajaran yang setimpal terhadap pesalah ini.

Diharap agar perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat kita semua agar jangan sesekali memuat naik perkara yang berunsur provokasi, negatif dan tidak masuk akal kerana setiap perbuatan buruk itu ada padahnya.

Prank tak kena tempat, baca di sini kisah peniaga rugi wang dan bazir 25 balang biskut:

Baca di sini kisah anak Sarawak sediakan sendiri 15 jenis kek lapis untuk rumah terbuka di Bangkok:

SUMBER :Astro Awani
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Kemalangan Di Jambatan Kuning Mukah, Netizen Sempat Rakam Proton Saga Rempuh Vellfire [VIDEO] Kemalangan Di Jambatan Kuning Mukah, Netizen Sempat Rakam Proton Saga Rempuh Vellfire
Next Article Laksa Sarawak Dan Mi Kolok Antara 5 Menu Bakal Disenaraikan Dalam Makanan Warisan Kebangsaan

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?