I Love BorneoI Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Search
Part Of Borneo Digital
Reading: Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah
Aa
I Love BorneoI Love Borneo
Aa
  • Cerita Borneo
  • Tempat Menarik
  • Tempat Makan
  • Event Menarik
  • Aktiviti Menarik
  • Berita Malaysia
  • Berita Dunia
Search
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Follow US
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah

Last updated: 26/03/21 2:59 PM
Nur Afifah
Kongsi
4 Min Bacaan
Kongsi

Perkara ini telah disahkan oleh stesen penyiar drama tersebut, SBS hari ini.

Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah. Bagi peminat-peminat drama Korea bergenrekan aksi fantasi, pasti drama terbaru Korea ini adalah drama yang anda nanti-nantikan kerana ia bukan seperti drama aksi fantasi biasa Korea. Malangnya, baru sahaja 2 episod ditayangkan, drama yang bertajuk ‘Joseon Exorcist’ dilaporkan tidak akan ditayangkan lagi selepas ini.

Menurut portal hiburan Korea, stesen penyiaran yang berhak menyiarkan drama tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan rasmi tentang keputusan mereka untuk membatalkan terus siaran drama tersebut setelah baru menyiarkan 2 episod pertama.

Dibatalkan gara-gara guna elemen China

Ia berikutan kesilapan sejarah latar belakang Korea yang banyak berlaku dalam drama tersebut. Menurut kontroversi yang beredar di media massa Korea, drama tersebut dikecam hebat kerana menggunakan banyak props China berbanding props yang sepatutnya digunakan semasa zaman sejarah Korea.

Penggambaran Siap 80%, Drama Korea 'Joseon Exorcist' Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah
Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah. Babak yang menayangkan makanan China.
Sumber : The Korea Herald

Bukan itu sahaja, episod kedua drama tersebut semakin ditentang hebat kerana kebanyakan elemen China termasuk makanannya dimasukkan dalam drama tersebut sedangkan ia berlatar belakangkan sejarah Korea. Walaupun permohonan maaf serta penjelasan telah dibuat oleh pihak SBS, namun reaksi negatif penonton semakin memuncak setelah episod 2 drama tersebut ditayangkan.

Penaja tarik diri selepas 2 episod ditayangkan

Sejurus selepas permohonan maaf tersebut, kesemua penaja dalam drama bersiri tersebut telah menarik diri dan SBS kemudiannya akan menilai semula keseluruhan drama tersebut dalam masa satu minggu.

Namun, tidak sampai seminggu, SBS kembali mengeluarkan kenyataan hari ini bahawa drama tersebut akan dibatalkan dan tidak akan disiarkan lagi selepas ini.

“Kami ingin memaklumkan kepada anda tentang situasi semasa drama SBS, ‘Joseon Exorcist’.

Pihak kami (SBS) telah mengambil maklum akan betapa seriusnya situasi sekarang ini (drama). Susulan itu, pihak kami telah memutuskan bahawa kami akan menamatkan kontrak hak penyiaran drama ‘Joseon Exorcist’ dan membatalkan keseluruhan tayangan drama.

Buat masa ini, SBS telah membayar kesemua bayaran untuk hak penyiaran kepada pihak drama. Pihak produksi juga telah menyiapkan 80% penggambaran.

Walaupun kami memahami tentang kerugian yang dialami oleh pihak jaringan penyiaran dan syarikat produksi, begitu jua dengan jurang dalam aturan program, dengan rasa penuh tanggungjawab kami terhadap jaringan penyiaran awam, kami memaklumkan kepada anda bahawa kami telah memutuskan untuk membatalkan rancangan ini,”

SBS via Soompi

Drama tentang putera mahkota Korea melawan roh jahat

Untuk makluman anda, drama ‘Joseon Exorcist’ merupakan drama Korea aksi fantasi yang menceritakan tentang seseorang yang kembali ‘hidup’ setelah dibunuh oleh keluarga diraja. Pelakon utamanya, Jang Dong-Yoon memainkan watak sebagai Putera Mahkota Chungyeong yang menyertai perang untuk melawan serangan roh jahat yang menyelubungi Joseon, kawasan pemerintahan Korea pada zaman dahulu.

Penggambaran Siap 80%, Drama Korea ‘Joseon Exorcist’ Tak Jadi Tayang Sebab Kesilapan Sejarah

Aduh, tak dapat lah tengok pelakon kegemaran anda dalam drama ini. Mungkin anda perlu menunggu drama seterusnya untuk melihat lakonan mereka.

Baca juga :

Nur Afifah 26 Mac 2021
Kongsi Artikel Ini
Facebook Twitter Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Lengkap Dengan Pendingin Hawa, Jejantas KK SkyBridge Bakal Jadi Tarikan Baru Sabah
Next Article Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda Ini Adalah 5 Tip Pembersihan Yang Berguna Dan Memudahkan Pembersihan Anda

Teruskan Berhubung

99k Followers Like
19.2k Followers ikuti
5.1k Followers ikuti
3.7k Subscribers Subscribe
Telegram ikuti

Artikel Tajaan

Ini 5 Laman Percuma ‘Digital Marketing’ Yang Ramai Tak Tahu
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Persembahan Kaum Asli Sarawak Bakal Serikan Upacara Pembukaan Festival Seni Tertua Singapura!
Artikel Ini Dibawakan Oleh
Geran Usahawan GO DIGITAL Sarawak Kembali Lagi Untuk Batch 2, Mohon Sekarang!
Artikel Ini Dibawakan Oleh Sarawak Digital
5 Pemenang Sarawak Shell Livewire 2021 Telah Diumumkan, Apa Pelan Seterusnya Untuk Usahawan Sarawak Ini?
Artikel Ini Dibawakan Oleh TEGAS Digital Village

Anda mungkin suka

Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang 'Bodoh' Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE
Berita Dunia

Anda Boleh Dipenjara Jika Memanggil Seseorang Bodoh Atau Memeriksa Telefon Bimbit Pasangan Di UAE

7 Ogos 2022
Berita Dunia

Pelik Tapi Benar, 2 Pulau Dengan Jarak Hanya 4.8 KM Ini Berbeza Masa Sehingga 21 Jam

7 Ogos 2022
Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan
Berita Dunia

Gara-gara Hidangkan ‘French Fries’ Sejuk, Pekerja McD Ditembak Mati Oleh Pelanggan

7 Ogos 2022
Berita Dunia

Kisah Tragik Nicokado Avocado, Youtuber Yang Kini Terlantar Akibat Mukbang

4 Ogos 2022
Follow US

A Part Of Borneo Digital

  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Lost your password?