• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Cerita Borneo

Letak Kerusi ‘Cop’ Parkir, Netizen Pertikai Tindakan Sebuah Kedai Makan Di Kuching Ini

Oleh
Husna Hazmi
1 November 2022
Kongsi
3 Min Bacaan

Habistu orang nak parking dekat mana?

Letak Kerusi ‘Cop’ Parkir, Netizen Pertikai Tindakan Sebuah Kedai Makan Di Kuching Ini. Bagi yang mempunyai kenderaan sendiri, pasti iman anda paling tercabar apabila anda sukar mencari tempat letak kenderaan kan?

Siapa sahaja yang tak panas hati jika berhadapan dengan situasi sedemikian. Cuba anda bayangkan, anda sudah lapar ingin makan di sebuah kedai makan, tetapi tempat parkir awam di kedai makan tersebut sudah banyak dicop oleh orang yang tidak bertanggungjawab. Memang panas lah hati dibuatnya!

Letak Kerusi 'Cop' Parkir, Netizen Pertikai Tindakan Sebuah Kedai Makan Di Kuching Ini
Letak Kerusi ‘Cop’ Parkir, Netizen Pertikai Tindakan Sebuah Kedai Makan Di Kuching Ini. Kredit foto: FB Sarawak Roads Update

Bukan satu, lapan kerusi diletakkan sebagai penanda parkir di tempat berkenaan

Melalui perkongsian daripada Sarawak Roads Update di Facebook mereka, terdapat sebuah kedai makan di Kuching ini yang telah meletakkan kerusi di tempat letak kenderaan di hadapan kedai makan mereka.

Bukan satu sahaja kerusi yang diletakkan sebagai penghalang kereta lain untuk parking di tempat berkenaan, tetapi ada lapan kerusi yang diletakkan di situ.

Menjenguk ke ruangan komen pula, ada netizen yang mempertikaikan tindakan kedai makan tersebut meletakkan kerusi sebanyak itu di hadapan kedai makan mereka.

Letak Kerusi 'Cop' Parkir, Netizen Pertikai Tindakan Sebuah Kedai Makan Di Kuching Ini
Gambar tangkap layar ruangan komen FB Sarawak Roads Update
Letak Kerusi 'Cop' Parkir, Netizen Pertikai Tindakan Sebuah Kedai Makan Di Kuching Ini
Gambar tangkap layar ruangan komen FB Sarawak Roads Update

Cop parkir satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987

Dipetik dari Harian Metro, perbuatan cop parkir ini adalah satu kesalahan di bawah Seksyen 50(3) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana petak parkir itu adalah hak milik awam, maka mana-mana individu tiada hak untuk mendesak atau menghalang individu lain daripada menggunakan petak parkir itu.

Individu yang sengaja ‘cop’ parking ini boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara tidak lebih enam bulan; dan sekiranya kesalahan berulang kali kedua atau lebih, individu itu boleh dikenakan denda maksimum RM4,000 atau penjara tidak lebih dua belas bulan, atau kedua-duanya; seperti yang diperuntukan dalam Seksyen 119 (2) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Oleh demikian, buat sesiapa yang ada melihat mana-mana premis melakukan kesalahan sedemikian di tempat parkir awam, anda boleh segera melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Baca lagi cerita menarik di sini:

Aktif Curi Motor Di Sekitar Kampung Sebandi, ‘Geng Fuad’ Akhirnya Tumpas
Isu Transaksi Tanpa Tunai, Pengarah Kesihatan Tegaskan Bayaran Tunai Masih Boleh Digunapakai
SUMBER :FB Sarawak Roads Update
Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Ada Burritos Serta Kebab, Ini Port Sarapan Ala Turki Dan Mexico Di The Kebab Bros Miri
Next Article Lapangan Terbang Lawas Hentikan Operasi Sementara Akibat Banjir Lapangan Terbang Lawas Hentikan Operasi Sementara Akibat Banjir

Advertorial

Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Grab Malaysia Hidupkan Tradisi Bai Nian, Santuni Hampir 200 Individu di Rumah Kebajikan Seluruh Negara
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?