• Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Mulakan Carian
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
Ikuti Kami
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Part Of Borneo Digital
Berita Dunia

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi

Oleh
ILB - AI
10 Ogos 2020
Kongsi
3 Min Bacaan
Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi

Letupan kedua dalam masa 3 hari

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi. Terkini dilaporkan Gunung Sinabung, yang terletak di pulau Sumatera, mengeluarkan awan debu gergasi dalam letusan kedua dalam masa 3 hari.

Awan debu gergasi setinggi 5km ke langit itu diikuti bunyi guruh dan menjadikan langit gelap, kata saksi dan pihak berkuasa.

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi
Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi

Letusan susulan setahun lebih tidak aktif

Menurut laporan, letusan gunung berapi terbabit ekoran melebihi setahun ia tidak aktif dan merupakan letusan kedua sejak hari Sabtu lalu.

Pihak berkuasa telah memberi amaran kepada penduduk dan pelancong mengenai kemungkinan adanya aliran lava.

Sebuah video yang dikongsi oleh Bernama TV menunjukkan awan debu tebal keluar dari puncak gunung tersebut yang setinggi 2,460 meter di Karo, Sumatera Utara.

Gunung Sinabung di Sumatera Utara kembali meletus

Gunung berapi Sinabung di Sumatera Utara, Indonesia kembali meletus pagi ini, mengeluarkan abu dan asap berwarna kelabu setinggi 5,000 meter.Menurut kenyataan Pusat Vulkanologi dan Mitigasi Geologi Indonesia (PVMBG), letusan itu berlaku pada 10.16 pagi waktu Indonesia Barat dan asap serta abu itu menghala ke arah timur dan tenggara Pulau Sumatera.PVMBG meletakkan Gunung Sinabung berketinggian 2,451 meter itu berstatus siaga (berjaga-jaga) atau peringkat tiga.Baca lebih lanjut di https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1868791

Posted by Bernama TV on Monday, August 10, 2020

Menurut seorang penduduk, Fachrur Rozi Pazi, beliau berkata bunyi letusan tersebut seperti guruh dan berlangsung kurang dari 30 saat.

Dinasihatkan untuk tinggal di luar radius 3km gunung berapi

Agensi gunung berapi berkata dalam satu kenyataan pihak berkuasa telah menasihatkan penduduk untuk tinggal di luar radius sejauh 3km dari gunung berapi dan memakai topeng untuk mengurangkan kesan abu-abu yang jatuh dari langit.

Setakat ini, tiada pengorbanan dilaporkan dan jurucakap pihak berkuasa penerbangan awam mengatakan penerbangan masih beroperasi di wilayah terbabit.

Seorang lelaki, Gilbert Sembiring, yang datang ke Kampung Naman Teran untuk mengunjungi rakannya ketika gunung berapi terbabit meletus berkata keadaan di sekitar Gunung Sinabung kini sangat gelap.

“Ia lebih besar daripada letusan beberapa hari yang lalu,” katanya.

Gunung Sinabung terletak di Lingkaran Api Pasifik (Ring of Fire), iaitu rantaian hotpsot untuk gempa bumi dan letusan gunung berapi.

Letupan Kedua Gunung Indonesia Dalam Masa 3 Hari Keluarkan Awan Debu Gergasi
Kredit: Geology In

Gunung tersebut telah tidak aktif selama berabad-abad sejak tahun 1600, sebelum ia meletus sekali lagi pada tahun 2010 manakala letusan terakhir dilapor berlaku pada Februari 2018.

Lagi disini:

Kongsi Artikel Ini
Facebook Whatsapp Whatsapp Telegram
Previous Article Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian Selalu Tunjuk Kemewahan Di Media Sosial, Wanita Ini Ditahan Polis Disyaki Cuba Mencuri 21 Pakaian
Next Article Isu Vape Dalam Parlimen, Hishammuddin Sudah Langsaikan Denda RM 250

Advertorial

Grab 5-Star Eats Himpunkan Restoran Pilihan Rakyat Malaysia Untuk Pengalaman Makan Macam Orang Lokal
Cerita Borneo
Bukan Sekadar Iklan Biasa, Grab Bawa 5 Jenama Ini Terus Ke Rumah Anda Di Pesta Menuai Ini
Cerita Borneo
Ini Cara Mudah Bonding Dengan Anak Anda di Meja Makan Hujung Minggu Ini
Cerita Borneo
GrabCar Saver Solusi Tambang Jimat, Rahsia ‘Survival’ di Bandar Besar di Borneo
Cerita Borneo
Ikuti Kami
A Part Of Borneo Digital
  • Polisi Kerahsiaan
  • Terma Dan Syarat
Welcome Back!

Sign in to your account

Username or Email Address
Password

Lost your password?