fbpx
Cerita Borneo

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM

Oleh kerana menurunkan pelitup muka untuk jangka masa pendek, remaja ini dirakam kena saman RM1,000 oleh PDRM

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM. Sebuah rakaman pendek TV3 tular memaparkan seorang remaja nangis apabila disaman RM1,000 oleh PDRM atas kesalahan menurunkan pelitup muka ke dagunya.

Difahamkan remaja terbabit menurunkan pelitup mukanya untuk sementara waktu dengan alasan pelitup muka tersebut menggatalkan. Namun, pegawai PDRM yang mengeluarkan denda itu mengatakan bahawa kebanyakan orang sering memberikan alasan yang sama dan menyatakan bahawa peraturan mengenai pelitup muka wajib digunakan sentiasa masa ketika berada di tempat sesak.

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM
Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM

Sebelum lanjut, mari kita imbas kembali apa peraturan yang dikenakan mengenai penggunaan pelitup muka di tempat sesak

Menurut laporan, peraturan penggunaan pelitup muka di tempat sesak dikuatkuasakan sejak 1 Ogos yang lalu.

Tempat-tempat sesak yang disenaraikan untuk mewajibkan penggunaan pelitup muka adalah tempat awam dan sesak, kawasan-kawasan indoor di mana orang berkumpul, tempat beribadah, hospital, klinik dan kedai runcit.

Senarai tersebut dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada 5 Ogos lalu. Ia juga menyatakan pelitup muka harus digunakan di salun rambut atau salun kecantikan.

Remaja Menangis Didenda RM 1K Kerana Turunkan Pelitup Muka, Netizen Bidas Tindakan Pilih Kasih PDRM
Kredit: BERNAMA

“Bayangkan kau dah pakai mask berjam2, then baru bukak kejap nak amik udara tiba2 kena kompaun 1k,” – Netizen

Anda boleh lihat video tersebut dibawah:

Walaupun wajib menggunakan topeng muka di tempat yang sesak, netizen berpendapat remaja itu mungkin hanya menurunkan pelitup muka untuk sementara waktu dan sentiasa menggunakan pelitup mukanya, hanya untuk ditangkap ketika menurunkan pelitup mukanya sekali.

Yang lebih menyayat hati netizen, remaja tersebut dilihat menangis setelah disaman oleh pegawai-pegawai PDRM terbabit.

Berikut adalah antara komen-komen netizen:

Malah, terdapat juga netizen yang tidak puas hati kerana ahli-ahli politik lain kini mengadakan kempen masing-masing tanpa mengguna pelitup muka

Rata-rata netizen tidak berpuas hati dengan sikap pilih kasih PDRM yang hanya mensasarkan orang biasa atau juga dikenali sebagai rakyat marhaen.

Apakah pendapat anda mengenai isu ini? Adakah ia adil seseorang dikenakan saman hanya kerana menurunkan pelitup muka untuk sementara waktu? Haruskah ahli-ahli politik yang langsung tidak gunakan pelitup muka semasa menjalankan kempen-kempen politik dikecualikan?

Komen pendapat anda ruangan komen dan jangan lupa share artikel ini!

Lagi di sini:

Artikel Berkaitan

Back to top button